Umum mengetahui bahawa Sarawak menjadi salah satu senjata kemenangan BN dalam setiap kali pilihanraya umum. Agenda "jahat" dilakukan oleh SPR dengan membuat penambahan terlalu banyak kerusi parlimen di Sarawak termasuk juga Sabah. Jika berlandaskan faktor semenanjung, jelas sekali ini bermakna BN sudah tersungkur 8 Mac lalu. Namun, berkat usaha dan kerja kuat SPR yang merupakan parti komponen BN maka perkara ini dinafikan. Inilah sebenarnya menjadi masalah dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini. Badan pemantau pilihanraya, bersekongkol dengan puak pemerintah untuk memastikan kuasa terus berada ditangan mereka].
Anwar: Sarawak Kunci Kejayaan Pakatan RakyatSIBU - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sarawak, yang mempunyai 30 anggota Parlimen adalah kunci kepada kerajaan Pakatan Rakyat di negara ini. "Apabila Sarawak mengubah haluannya, kerajaan Barisan Nasional akan runtuh," katanya pada majlis makan malam anjuran "Friends of PKR" di Pusat Perdagangan dan Pameran Sibu di sini malam tadi. Beliau berkata pemimpin dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dari DAP dan diri beliau dan isternya akan terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan anggota Parlimen BN untuk memujuk mereka supaya berpaling tadah menyertai mereka. Kira-kira 4,000 tetamu hadir pada majlis itu, yang terbesar setakat ini bagi majlis PKR di sini. Mereka yang hadir termasuk Naib Presiden PKR Datuk Seri Dr Jeffery Kitinggan, Ketua DAP Sarawak Wong Ho Leng, bekas anggota Parlimen Sri Aman Jimmy Donald, dan Baginda Minda, bekas ketua publisiti Parti Rakyat Sarawak cawangan Balleh, yang mencetuskan isu dengan kenyataannya mendakwa parti BN negeri yang dominan, Pesaka Bumiputera Bersatu, suka membuli.
Pada majlis itu juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima borang permohonan keanggotaan daripada Gabriel Adit Demong, seorang daripada dua anggota Dewan Undangan Negeri Bebas dan daripada individu dari seluruh negeri. Anwar berkata rakyat Sarawak kini sudah bersedia bagi perubahan, menyatakan Adit telah menawarkan diri untuk mengetuai kempen menarik keanggotaan bagi Pakatan Rakyat. "Jangan terkejut jika apa yang berlaku di lima negeri di Semenanjung dalam pilihan raya umum Mac lepas akan berlaku di sini," katanya dan menurutnya Pakatan Rakyat sudah membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang. Beliau juga mendakwa beberapa orang dari negeri itu telah datang berjumpa beliau menyatakan minat untuk menyertai PKR. Sementara itu, Adit berkata banyak anggota BN sedang "menunggu masa" untuk menyertainya dan keputusannya untuk menyertai PKR "adalah yang pertama daripada banyak ansuran" dalam beberapa bulan akan datang.
Rakyat sudah tidak sabar untuk menanti perubahan yang bakal dibawa nanti.Keyakinan masih menggunung untuk melihat kerajaan Pakatan Rakyat bakal menjadi kenyataan, sebelum Najib Razak ditabalkan sebagai Presiden UMNO atau pun Perdana Menteri. Jika terlambat, sudah pasti Najib akan menggunakan sepenuh kuasanya yang ada untuk membendung pengaruh Anwar dan juga Pakatan Rakyat. Ada yang membayangkan jika Najib berkuasa, pasti operasi besar-besaran untuk menangkap pemimpin pembangkang bakal dilaksanakan. Bahkan ISA akan terus menjadi bahan ujikaji mereka untuk menghumbankan rakyat tanpa belas kasihan. Justeru itulah ramai yang berharap Pakatan Rakyat dapat mengambil alih kerajaan sebelum Najib berkuasa.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment