Nazri bebas...tidak kelirukan Dewan Rakyat
Dewan Rakyat hari Selasa menolak usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Karpal Singh untuk merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi ketika membuat keputusan itu berkata, kenyataan Nazri bahawa bekas Ketua hakim Negara dan lima hakim yang lain diminta berhenti bukan dipecat semasa dibahaskan minggu lalu, tidak berniat untuk mengelirukan dewan.
Malah Wan Juanidi berkata, Nazri sendiri telah menjelaskan perkara berkenaan dan memperbetulkan fakta isu yang dibahaskan.
Keputusan Wan Junaidi itu dibantah oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dengan menuduh Wan Junaidi berat sebelah dan mempersendakan Parlimen.
Berkeras dengan bantahannya dan Gobind terus melemparkan tuduhan kepada Timbalan Speaker, beliau diperintah keluar Dewan Rakyat dan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari.
Dalam perkembangan yang berakitan, Wan Junaidi juga turut menangguhkan keputusan sama ada akan merujuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Harun Idris dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Komen : Hai senangnya bila dah buat salah tak nak minta maaf. Sedangkan So Lek pun minta maaf dan hampir jadi menteri pun. Lepasni RPK akan kata dalam mahkamah saya tak berniat lakukan begitu-begini. So semua kes selesai tak bersalah.Patutnya YB Govind pun cakap saya tak berniat .....
No comments:
Post a Comment