Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, November 8, 2008

NAIB CANSELOR UM TIADA PHD ?

SAH! KONTRAK NAIB CANSELOR UM DITAMATKAN
Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mengesahkan kontrak perkhidmatannya yang tamat esok tidak disambung.

Rafiah ketika dihubungi Utusan memberitahu telah menerima satu panggilan telefon daripada pihak universiti yang memaklumkan perkara tersebut.

"Namun, saya tidak diberitahu sebab (kontrak) tidak disambung.

"Saya hanya dimaklumkan bahawa saya tidak akan disambung kontrak sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rafiah dilantik sebagai Naib Canselor UM pada 1 Mei 2006.

Sebelum ini, kedudukan Universiti Malaya (UM) yang merupakan universiti tertua yang kian merosot dalam sistem ranking universiti dunia THE QS -WUR dikaitkan dengan faktor peribadi Naib Canselornya Dato' Dr Rafiah salim yang tidak mempunyai ijazah kedoktoran atau PhD.

Isu tersebut ditimbulkan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohd Khaled Nordin ketika beliau menyampaikan ucapan penggulunggan Bajet 2009 di Dewan Rakyat 3 November lalu.

"Universiti Malaya merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai Naib Canselor yang tidak bergelar Profesor iaitu tiada PhD," katanya kepada Khaled.

"Mungkin ini yang menyebabkan kedudukan ranking UM jatuh sejak akhir-akhir ini," katanya lagi.

Manakala Prof Hamirdin dalam 'posting' blognya hari ini memberitahu,

"Di desuskan Universiti Malaya akan dapat naib canselor baru. Tunggu sahajalah pengumuman rasmi. Naib Canselor baru, ranking boleh naik lagi kot."

1 comment:

Ajeem said...

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya yang tidak seberapa.sekarang ni bulan peperiksaan jadi tidak boleh mengulas isu-isu semasa dengan lebih 'ekstrem'.masa cuti nanti barulah dapat 'release' apa yang terperam di minda.Lagipun saya masih memerlukan beberapa maklumat pernting untuk didedahkan terutama berkaitan Pilihan Raya Kampus baru-baru ini.Harap pihak kalian tidak 'terasa' sekiranya artikel yang seterusnya mengkritik secara terus berkenaan dengan Parti kalian.Saya menulis tanpa mengikut fahaman dan sebagai pemikir bebas.Diharapkan juga pihak kalian yang lebih berilmu/berpengalaman dapat memberi tunjuk ajar.terima kasih.