
Blogger terpanggil serta terasa nak mencabar kes hutan digondol, balak dicuri ,tanah kerajaan di teroka , balak tertua dikebas serta balak tua dalam kawasan rekreasi yang ada pengawal pun boleh ditebang.
Kalau Bank Simpanan ada Ketua Pengarahnya,CEO ke apa ke ... yang Hutan Simpan ni siapa yang diberi tanggungjawab menjaganya?
Sdr Kadir wartawan dalam tv3 hanya mendedahkan kecurian balak yang terlampau di Pahang tapi siapa yang ditangkap malahan balak yang dah tertebang tu pulak mana hilang selepas tu.? Pelik .. pelik ... pelik.
Khusus pada Pakatan Rakyat di 5 negeri kalau belum buat seharusnya verifikasi hutan atau verifikasi tanah kerajaan yang belum diteroka perlu dipraktikkan supaya kerajaan PR dapat mengetahui berapa keluasan hutan simpan yang tinggal, semak kawasan yang tergondol dan beri kata dua pada pengarah berkenaan kalau tak betul data atau maklumat tersebut siap kau.
Dengan kajian dan laporan verifikasi tanah dan hutan ini dapatlan kerajaan PR menyusun strategi mengawal dan membangunkan aset yang terhad ini.
Satu perkara lagi Kerajaan PR perlu mengawal pemberian tanah pada VIP , bagi satu ekar dal la. Tanah kan terhad , ini Pengerusi SPR bagi 400 ekar ? Selangor 100 ekar belum kes tergantung bekas MB Pahng yang ada beribu ekar?
No comments:
Post a Comment