Remaja berusia 15 tahun tertembak ibunya, Norliza Abdul Rahman, 45 tahun di rusuk kiri semasa bertelingkah dengan bapanya di Bandar Country Home, Rawang, Selangor malam tadi. Pistol jenis Glock digunakan remaja itu disahkan milik bapanya, polis berpangkat sarjan bertugas di Bahagian D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. Enam ahli keluarga berada di tempat kejadian.
Norliza dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Manakala anak lelakinya dikenali dengan sifat panas baran berjaya ditahan polis pada jam 12.15 malam tadi semasa menaiki motosikal menuju ke Kuala Selangor. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat.
Sebelum ini kita mendengar kes perihal remaja di Amerika Syarikat mengamuk dan menembak pelajar di sekolah. Kini remaja kita sudah berani menembak keluarga di rumah.
Komen : APA NAK JADI ? lagu SM SALIM .Anak-anak sekarang bukan derhaka kata "Ah" lagi tapi sanggup ke arah membunuh ibu bapa sendiri. Macam mana Sarjan boleh bawa pistol dan simpan dalam rumah?
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment