Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 24, 2008

Budak-budak Tak Pandai Pegang Duit Kata Dato Hj Bakhil

Oleh ning"Assalamualaikum,,..Dalam perbahasan Parlimen semalam,YB Mahfuz mendedahkan bahawa perbelanjaan jamuan majlis rumah terbuka hari raya 2007 PM dan Menteri Menteri Kabinet berjumlah RM4 juta.Ini adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada soalan bertulis beliau dan lebih mengejutkan kita ialah jawapan Menteri berkenaan juga menyatakan perbelanjaan ini ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri.Sekaligus bermakna perbelanjaan majlis hari raya PM dan Menteri Menteri kabinet ditanggung oleh rakyat.Mewahnya kerajaan berbelanja dengan menggunakan duit rakyat sehingga majlis makan makanpun bernilai jutaan ringgit.Apa yang menarik perhatian ialah komen seorang MP(tak silap MP Muar) ketika ditanya mengenai kedudukan pekerja asing dalam negara ketika sessi perbahasan bajet 2009 beberapa hari lalu.Beliau menyentuh kebiadapan segelintir pekerja asing ketika menghadiri majlis hari raya PM.Sungguhpun komennya merupakan komen kepada kejadian terbaru tetapi ianya menggambarkan bahawa pekerja asing mengambil kesempatan daripada majlis tersebut untuk menjamu selera dengan lahap.Dan tidak sukar untuk memahami bahawa golongan pekerja asing ini juga turut menghadiri majlis yang sama tahun lalu.Pendek kata pekerja asing yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman mengambil kesematan majlis hari raya PM dan kelihatan kerajaan juga mengambil kesempatan dari kehadiran mereka untuk memaparkan bahawa majlis ini mendapat sambutan besar daripada rakyat.Tetapi sebenarnya, yang meramaikan majlis adalah warga asing serta yang melahap juadah yang disediakan adalah warga asing.Majlis yang besar ini sebenarnya ditanggung rakyat.Wang rakyat dibelanjakan sewenang wenangnya untuk menjamu warga asing yang sebahagiannya adalah pendatang tanpa izin,pekerja tanpa permit yang sah dan tidak langsung menyumbangkan kepada kedudukan kewangan negara.tetapi mereka dijamu secara terbuka dan dengan juadah yang mewah dan banyak.Satu lagi projek kerajaan BN untuk membazir dan mencuri wang rakyat.Hanya dengan nama hari terbuka aidilfitri PM dan Menteri Menteri Kabinet mereka boleh melesapkan jutaan wang rakyat.Bayangkan berapa yang mereka lesapkan melalui WPI dan wilayah pembangunan koridor serta projek mega pengangkutan awam ?Dan berapa agaknya belanja untuk majlis hari raya 2008?

No comments: