Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Thursday, October 23, 2008
Bantuan sukarelawan & Sumbangan Banjir di Utara
Sukarelawan diperlukan Utara dialu-alukan untuk kerjasama dengan staf Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi membantu mangsa banjir di daerah Kubang Pasu. Bentuk bantuan yang diperlukan ialah memasak makanan kepada mangsa banjir untuk dihantar ke tiga pusat penempatan banjir yang berpusat di Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah, Kubang Pasu Jitra berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mahawangsa. Sukarelawan juga diperlukan ini berperanan untuk membungkus makanan kepada 500 orang mangsa iaitu pada jam 5.00 pagi untuk sarapan pagi, 10.00 pagi (makan tengah hari) dan jam 4.00 petang untuk makan malam di samping menghantar makanan ke pusat pemindahan banjir di sekitar Jitra. Selain itu, bantuan berbentuk makanan, pakaian dan wang ringgit juga diperlukan bagi keperluan hampir 700 mangsa banjir tersebut. Kerjasama, bantuan, sokongan dan keperihatinan daripada warga UUM sangatlah diperlukan dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir ini. Kepada Sukarelawan TKO Zon Utara yang berhasrat memberi bantuan bolehlah memberikan nama kepada Presiden Kesatuan Kakitangan UUM (Keska), Ku Azmi Ku Ibrahim di talian 04-9283358/013-4394154, Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (Perpati), Abu Bakar Mat Safar (04-9284936/019-4355508) dan Abd Wahab Awang iaitu Alumni UUM di talian 019-4700296.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment