Friday, October 23, 2015

AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG ! TOLONG JANGAN PONTENG MASA PENGUNDIAN!

TOLONG JANGAN PONTENG MASA PENGUNDIAN apatah lagi MASA PEMBENTANGAN
ISI kandungan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok (hari ini) menjadi perdebatan di pelbagai lapisan masyarakat baik di media sosial mahupun di kedai kopi.
Malah tidak berlebihan jika Bajet 2016 ini dianggap sebagai kunci paling hampir kepada bebanan rakyat pada hari ini.

Namun, kunci itu mungkin kekal mengunci rakyat dalam kesempitan ataupun akhirnya membuka laluan untuk rakyat melepaskan diri dari belenggu bebanan sara hidup yang saban hari menekan ditambah dengan kenaikan kadar tol berganda-ganda yang diumumkan Khamis lalu.

Minyak naik, tol pun naik kemudian GST lagi tapi malangnya, pendapatan isi rumah tetap tak naik-naik. Rakyat yang berpendapatan rendah pasti sukar untuk bernafas ketika ini. Berjerebu di luar dan dalam.

“Kerajaan perlu menggunakan sebahagian hasil kutipan GST itu untuk menampung kenaikan-kenaikan baharu ini seperti tol.

12 comments:

  1. Percaya atau tidak terpulang lah. Kalau nak jadi kecoh pun pemimpin PAS yang akan membuat onar menyokong bajet 2016 dalam situasi pembangkang menolak bajet tersebut. Lihat situasi semalam, pengundian terhadap Lim Kit Siang, menurut portal Bloglist Malaysia, kedapatan ahli Parlimen PAS yang tidak masuk dewan mengundi sebaliknya ponteng. Jika benar laporan tersebut justeru mereka yang terlibat itu Semuanya menjadi racun kepada harapan rakyat.Patutkah kita menyesali mengundi PAS dalam PRU13 yang lalu. Fikir-fikirkan lah.

    ReplyDelete
  2. Aku dah bosan! lawan dah lawan tapi dok serupa tu juga. Jika belanjawan ni diluluskan, aku dah tak lawan dan lebih baik aku sokong Najib berlebih lebihan lagi dari orang umno totok biru kerana nak bagi mereka suka.

    ReplyDelete
  3. Kalau dah DAP dan Amanah rasa kuat, buat apa lagi harap PAS....

    ReplyDelete
  4. Maaflah...Aku benar-benar kecewa dengan sikap MP PAS sekarang.
    Pengundian Usul terhadap LKS 7 orang ponteng. Adakah patut lepak di kafe Parlimen pula tu.
    Hanya 3 yang berperanan.
    Bagaiman mahu mengharap jika prestasi tidak meningkat. Jadilah MP yang bertanggungjawab. Jangan makan gaji buta.

    ReplyDelete
  5. tragedi yg amat sedih utk kita pertahankan...aku dah tak larat nak melangkaui otak aku...plss aku ndakkan islam..tp mcm ni buat aku runsing

    ReplyDelete
  6. tuan presiden KAKI PONTENG. APA HUKUM DIBAYAR GAJI KERANA MEWAKILI PARLIMEN TAPI PONTENG SEMASA PARLIMEN. HUKUMNYA ULAMAKTAKPE KAKI PONTENG ALLAH BAGI PERLEPASAN?

    ReplyDelete
  7. Anon 4.16.DAP dan Amanah masih mengharapkan atas dasarkesian .nantu tinggal bersendirian aje atau nak tunggu Umno meminang? Yang pastinya sikap sombong Pas adn bodoh ternyata di SElangor ,kata putus dengan DAP ,berdegar2 isiharkan tetapi mengapa di Selangor jadi tunggangan babi DAP.?Cabut larilah dari DAP .ini tidak masih kekal lagi .apa maknaya itu?

    ReplyDelete
  8. saya rasa tuan punya blog sila tegur semua mp pas yang tak hadir .terutama haji hadi .kenapa ? telah jadi fitnah beliau selalu tak hadir contoh undi sosma dan .. lain kali jika tak hadir kena tunjukkan mc . Jika tidak haji hadi patut letak jawatan mp ,jadi presiden pas tidak mengapa kerana dipilih.
    Jika hadir undi gantung lim kit siang atau berkecuali pun tak apa .tapi perlu hadir .kami semua kalau tak pergi kerja kena bagi Mc kepada bos.
    kini sungguh malu jadi pengikut pas ,ketua dan pemimpin bertindak ikut sesuka hati dan tidak profesional.
    tapi yang penting ..nanti diakhirat pengundi akan tuntut semua mp pas.
    Nasib baik MP yang aku undi hadir jika tidak aku akan tuntut di akhirat.sungguh memalukan sebab bukan sekali ,

    ReplyDelete
  9. Hd mana pandai jd pemimpin...bagi terangganu xtau jaga..

    ReplyDelete
  10. Hd mana pandai jd pemimpin...bagi terangganu xtau jaga..

    ReplyDelete
  11. Hd mana pandai jd pemimpin...bagi terangganu xtau jaga..

    ReplyDelete
  12. Subhanallah! Tajuk artikel ni pun kepada semua pemimpin pembangkang!

    ReplyDelete

Ulasan dan komen adalah dialu-alukan ...