Ana singgah di 99speedmart dan di dapati ada seksyen menjual arak. Adakah kita mahu anggap perkara ini 'perkara biasa"?Kita sebagai orang Islam wajib bantah.
Bukit Sentosa 2 kini sudah mempunyai 3 Pasaraya yang sederhana besar iaitu sebuah di Jalan Anggerik 6 tak silap dipanggil Beruntung Murah dan 2 buah(Pasaraya Norsejahtera dan Pasaraya Chan) di Jalan Seroja 1 .Kini muncul sebuah lagi iaitu 99speedmart. Sebagai gambaran ramainya orang Islam di sini sebuah Masjid sedang dibina iaitu di atas tapak Surau Saidina Ali di Jalan Anggerik 5.Terdapat 4 buah surau termasuk Surau Saidina Ali iaitu Surau Al-Mutaqin di Jalan Anggerik 3, Surau Hayatul Islam di Jalan Seroja dan Surau Al-Amien di Seri Anggerik 3.Ana menganggarkan tidak kurang 90% adalah orang-orang Islam mendiami perumahan di Bukit Sentosa 2 ini yang boleh dikatakan merangkumi Taman Anggerik 1, Taman Anggerik2, Taman Anggerik 3,Taman Anggerik 5,Deretan Kedai Jalan Anggerik 6 , Taman Seroja 3, Taman Seroja 5 dan Deretan Kedai Jalan Seroja .Tempat yang baru ini dan majoriti orang Islam tak perlulah 99speedmart menyediakan seksyen arak tsb.Mereka yang mahu membeli arak boleh ke Bandar Bukit Sentosa jarak 3 km dan boleh beli di sana.

memang 99speedmart jual arak. sama mcm 7eleven.
ReplyDeletedulu aku ingat speedmart ni jual aksesori kereta. namapun speed.
Kiranya sume 99speedmart ade jual arak eaaa ,
ReplyDeleteBru igt nk kje situu ...
Ummm