Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, January 20, 2013

PAKATAN RAKYAT 51 BN 49 ? MEMANG BERBALOI RAKYAT PILIH PR

Meskipun sekarang kedudukan seperti 50-50 antara BN dan PR tetapi Mahathir samada nyanyuk atau tidak tahan dikeronyok perasaan bersalah atas apa yang dilakukan si masa lalu membuatkan skor BN menjadi 49%.Ini menambahkan buruk lagi rakyat waima ahli BN malah ahli UMNO tidak meyakini BN akan mampu mengekalkan kuasa berdasarkan strategi akhir dan kuasa wang yang dimiliki oleh BN.

Dengan pelbagai kelemahan Najib yang sudah dipaparkan untuk tatapan rakyat selama ini, perlambakan isu yang gagal ditangani, beban daripada Rosmah yang masih berterusan disamping dakwaan terbaru oleh Deepak Jaikishan serta pengakuan Tun Mahathir jelas meletakkan Najib dalam keadaan yang amat sukar untuk memperolehi lebih daripada 100 kerusi Parlimen.

Dengan ramalan hanya itu jumlah kerusi yang mampu dimenangi oleh BN atau tidak lebih daripada 120 kerusi, kedudukan UMNO dan kerajaan tentulah lebih parah lagi jika Najib terus menjadi penerajunya.

Kenyataan terkini Tun Mahathir yang mula memperlekeh kerajaan pimpinan Najib sebagai lemah dan takut menggunakan kuasa zalim kegemaran semasa Tun memerintah adalah isyarat yang amat jelas supaya kedudukan Najib turut diubah jika mahukan sebuah kerajaan yang kuat di masa akan datang.Bermakna walau dulu Tun M tidak suka Muhyiddin tapi kalu ini beliau mungkin meluat pada Najib dan terpaksa akui keperluan Muhyidin menjadi Pengerusi UMNO atau diri beliau sendiri bagi memperjuangkan sisa-sisa UMNO yang ada.

Rakyat tahu apa lagi ahli dalam UMNO sendiri, kenyataan Mahathir yang menyifatkan kerajaan Najib sebagai lemah dan takut menggunakan kuasa, mula diperkatakan oleh pelbagai peringkat kepimpinan. Ada yang setuju dengan Mahathir dan tidak kurang yang menyatakan tidak wajar Mahathir mengeluarkan kritikan seumpama itu sekarang ini.

Secara kasar seolah-olah Mahathir masih ada pengaruh dalam UMNO dan sebahagian yang lain tetap menganggapnya sebagai idola, ahli UMNO sudah mulai berpecah sekarang ini. Najib tidak lagi dianggap pemimpin terbaik untuk memimpin mereka.

Kritikan rakyat, pengundi atas pagar dan ahli UMNO sendiri terhadap Najib yang dianggap lemah oleh Mahathir itu menjadi semakin berleluasa dan makin terbuka di akhir kejatuhan Kerajaan BN ini. Rasanya dah biasa didengari di kedai kopi, lobi hotel, dalam internet,di laman sosial dan di mana-mana sahaja, hinggakan acapkali kritikan dan cemuhan di dalam Bangunan UMNO sendiri .

Muhyiddin adalah satu-satu spesis yang boleh diharapkan untuk mengganti tempat Najib jika berlakunya perubahan.Bukan sebab beliau bagus cuma sebaba beliau timbalan presiden UMNO. Kelemahan UMNO tanpa pertandingan Majlis tertinggi yang asyik ditangguh sehingga kini amat melemahkan UMNO setrusnya BN.Mandat ahli UMNO longgar dan tanpa aura.Ramai tahu walau Muhyiddin bukanlah sesempurna yang diharapkan. Dengan kelemahan dan masalahnya, tapi kepimpinan Muhyiddin mungkin lebih baik daripada Najib pada fikiran Tun M kerana dikatakan Muhyiddin bukan seorang yang takut menggunakan kuasa.

Inilah masalah UMNO yang akhirnya tanpa Islam sebenar dalam UMNO maka hancurlah kerajaan Malaysia.Yang terbaik ialah hancurkan BN maka UMNO akan hancur dan dengan pimpinan Pakatan Rakyat maka terbelalah negara dan rakyat.PRU 13 amat relevan bagi rakyat Malaysia mengundi hanya parti PAS, PKR dan DAP dan partiyang menyokong Pakatan Rakyat.

No comments: