Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, January 21, 2013

INI YANG DIKATAKAN MACAM RETA SENDIRI !

Macam harta sendiri? PM kata ada projek boleh simpan-simpan pulak, padahal rakyat Kelantan cuma mahi hak royalti, bukan projek mega atau projek besar? Tahun lepas dah janji akan diperhalusi kisah royalti, la nie nak bawa mesyuarat lagi? Memang Najib temberang!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam 20 januari 2013 umum janji 7 projek besar yang kununnya bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.

Projek tersebut merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

Najib berkata, tujuh projek ini akan juga dimasukkan dalam manifesto BN nanti.

"Ambo (saya) sebut tujuh perkara ini dan hanya sebahagian sahaja dari manifesto. Tidak lengkap lagi.

"Ambo hendak simpan. Nanti ambo datang lagi, ambo umum yang lain. Ambo simpan modal," katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di sini hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130120/dn_24/PM-umum-7-projek-besar-di-Kelantan-termasuk-lebuh-raya-masjid#ixzz2IZ2OTzTa
© Utusan Melayu (M) Bhd

1 comment:

Rojak said...

DS Najib ada pelita Aladdin.