Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, July 23, 2012

BAKAL CALUN PKR SARAWAK TERBUNUH ?

Mendiang Peter Ato Mayau bersama DS Anwar Ibrahim dalam kenangan. Mendiang terbunuh selepas terlibat dalam nahas helikopter milik Sebiro Holdings di Sungai Triso, Sri Aman, 20 Julai lalu.





KUCHING, 21 Julai – Mayat seorang lagi penumpang yang hilang, jurutera Sebiro Holdings Peter Ato Mayau, antara empat orang yang menaiki Eurocopter EC 120 yang terhempas dekat muara Lingga, Sri Aman semalam ditemui tengah hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak SAC Datuk Law Hong Soon berkata mayat Ato dijumpai dihanyutkan di pantai Kampung Tebelu, Sebuyau oleh orang-orang kampong yang membantu operasi mencari dan menyelamat pada kira-kira 2 petang.

Mayatnya dihantar ke hospital terdekat di Simunjan untuk bedah siasat, kata Law kepada Bernama di sini.

Ato, 53, yang berkhidmat sebagai naib-presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, disebut-sebut akan bertanding di kawasan parlimen Mambong dalam pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Law mengesahkan mayat seorang lagi penumpang juruukur Siti Khuzaimah Anuar, 27, yang ditemui nelayan tempatan pagi ini juga dihantar ke Simunjan untuk bedah siasat.

Law berkata gerakan tiga pihak mencari dan menyelamat yang diselaraskan dari udara, darat dan laut ditingkatkan bagi mencari baki seorang lagi penumpang helikopter itu, arkitek Henry Lau Tee Yong, 42.

Jabatan Penerbangan Awam mengerahkan kakitangannya ke kawasan kemalangan, kira-kira 150km dari sini bagi menyiasat punca nahas, manakala siasatan awal mendapati helikopter milik Sebiro itu tenggelam sebaik sahaja terhempas di perairan, katanya.

Nelayan menyelamatkan juruterbang pesawat malang tersebut, Rico Steger, 35, berasal dari Jerman, yang berenang selama empat jam dalam arus deras selepas nahas berlaku. – Bernama

BN TERPERANJAT, UMNO TERKULAT !

Komen : Perkara sebenar yang mereka sembunyikan adalah 37 projek 'berisiko tinggi' di lereng bukit yang berketinggian melebih 250 kaki dari aras laut itu diluluskan semasa Barisan Nasional mentadbir kerajaan negeri (1985 hingga Mac 2008).
Projek lereng bukit: Umno jangan tipu diri sendiri


Isnin, 23 Jul 2012 02:10
Merujuk pada berita 'Prosedur dokumen projek lereng bukit remeh' di Utusan Malaysia Online pada 30 Jun lepas yang antara lain melaporkan Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan, Gerakan Pulau Pinang, Teh Leong Meng menuduh Kerajaan Negeri tidak ikhlas di sebalik isu 37 projek lereng bukit 'berisiko tinggi' di negeri berkenaan.



"Kerajaan Negeri seperti tidak ikhlas untuk mendedahkan butiran projek tanah bukit secara telus kepada orang awam walaupu mereka sering melaungkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).



"Saya ingin bertanya, kenapa perlu menetapkan salinan prosedur untuk mengimbas dokumen berkenaan dengan temujanji beserta syarat-syarat lain," tanya Leong Meng.



Jika Leong Meng ikhlas, saya mencabar beliau mendapatkan serta meneliti semua dokumen berwajib lalu mengemukakan bukti pentabdiran Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak melaksanakan urus tadbir yang bersih.



Ini kerana, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telahpun membuat pameran terbuka semua bukti berwajib kepada awam pada waktu pejabat di Tingkat 4, Komtar sejak 1 Julai lepas hingga 30 September depan.



Saya mencabar pemimpin Gerakan kerana saya anggap pemimpin Umno semasa Barisan Nasional menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dulu pun sebenarnya tidak berani menegur pentadbiran Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (bekas Ketua Menteri).



Saya percaya, beberapa bekas pemimpin utama Umno yang pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri seperti Datuk Azhar Ibrahim (Adun Penaga) dan Datuk Seri Dr Mohd. Hilmi Yahaya (Adun Telok Bahang) dahulu pun tidak berupaya membawa kebenaran dalam kerajaan negeri.



Sebenarnya, pemimpin Umno bising depan Melayu saja kononnya mereka sahaja yang memperjuangkan kepentingan Melayu.



Tetapi, hakikatnya mereka tidak berani mendedahkan perkara yang sebenar. Mereka tidak berani mengatakan perkara yang sebenar di depan Setiausaha Gerakan Pulau Pinang, Datuk Tan Hock Nan dan Teng Chang Yeow (Setiausaha Agung Gerakan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang).



Mereka hanya nampak garang dan lantang di depan Melayu kononnya hanya mereka memperjuangkan nasib Melayu. Tetapi, mereka sebenarnya nampak tidak ikhlas kepada semua rakyat di negeri Pulau Pinang.



Perkara sebenar yang mereka sembunyikan adalah 37 projek 'berisiko tinggi' di lereng bukit yang berketinggian melebih 250 kaki dari aras laut itu diluluskan semasa Barisan Nasional mentadbir kerajaan negeri (1985 hingga Mac 2008).



Perkara sebenar yang disembunyikan adalah 19 projek yang diluluskan adalah pembaharuan kelulusan pelan terdahulu atau berdasarkan Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Kemajuan MPPP yang diluluskan pada 13/9/1996.



Pemimpin Umno jangan tipu diri kalau takut menegur pemimpin Gerakan Pulau Pinang.



Mohd Firdaus ialah Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Jerai.

BN GANU TAK MAMPU ! ASTAGFIRULLAH

Komen : punyalah BN Ganu yang kaya dengan wang ihsan dari PETRONAS yang boleh buka Zoo dengan pembelian binatang yang bernialai tinggi, projek berjuta2 tak mampu selamatkan tanah warisan yang tergadai.Kalau ganu diperintah oleh Pakatyan Rakyat sudah pasti tanah tersebut dapat diselamatkan dan hutang negeri boleh dilunaskan kepada Persekutuan macam Negeri Selangor sekarang.

KUALA TERENGGANU – Tanah milik Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) seluas kira-kira 15 hektar terletak di Mukim Kerteh dekat sini telah di lelong ekoran kegagalan membayar pinjaman bank.

Tanah tersebut telah digadaikan kepada Eon Bank pada 17 Februari 1997 bagi membangunkan satu projek 432 lot perumahan bercampur yang dikenali sebagai Bandar Baru Kerteh Jaya.

Hong Leong Bank yang telah mengambil alih Eon Bank apabila bank tersebut ditutup operasinya, telah melelong Tanah LTAWNT melalui satu lelongan awam pada hari Rabu, 18 Julai, 2012.

Menurut dokumen Lelongan Awam terbabit, tanah tersebut telah di lelong pada jam 10.30 pagi di Bilik Lelong Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Hartanah tersebut berada dalam kawasan perumahan terbengkalai Bandar Baru Kerteh Jaya, di tepi jalan utama menuju Batu Putih, lebih kurang 4km dari Bandar Baru Kerteh.

Ia mempunyai 158 lot tapak rumah banglo, 168 lot tapak rumah berkembar dan 106 lot tapak rumah kedai telah dilelong dengan harga rezab RM 5, 594,000.00.

Menurut sumber, lelongan itu telah disambut oleh pembida sebuah syarikat yang dikenali Alam Sierra Development Sdn Bhd dari Taman Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, yang di milik seorang peniaga berbangsa Cina.

BOLEH GESA JANGAN PAKSA TAPI KENAPA TERGESA-GESA?

Komen : teman setuju kalau pesaraan 60 tahun dilaksanakan bagi sektor swasta tapi pengambilan penuh KWSP adalah pilihan pekerja dan jangan paksa ambil sepenuhnya pada umur 60 tahun.Pekerja harus diberi pilihan ambil semua selepas umur 55. Manakala kriteria kesihatan dan kemampubolehan bekerja perlu dititikberatkan bagi lanjutan bagi memastikan pekerja berkualiti diutamakan.
Cuma teman heran zaman DS Najib berbelanja sakan nie tiba-tiba nak beri lanjutan hingga 60 tahun dan dan dan nak dilaksanakan tanpa tunggu 6 bulan proses.Ada rakyat bijak berkata "tergesa sebab nak tahan wang KWSP untuk BN gunakanke?"

MTUC: Laksana segera had umur bersara 60 tahun
2:50PM Jul 22 2012
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menggesa sektor swasta melanjutkan dengan segera umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun, tanpa menunggu undang-undang mengenainya dilaksanakan.

Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan pekerja sektor swasta kepada 60 tahun dan rang undang-undang mengenainya diluluskan Dewan Negara baru-baru ini, kata naib presiden MTUC A. Balasubramaniam.

Beliau berkata oleh kerana rang undang-undang itu akan mengambil masa lebih kurang enam bulan untuk diwarta dan dilaksanakan, maka dalam tempoh berkenaan, beribu-ribu pekerja yang mencapai usia persaraan wajib 55 tahun, sudah bersara.

"MTUC amat prihatin terhadap nasib kumpulan ini apabila ramai daripada mereka menghubungi kongres ini untuk menyatakan harapan agar mereka diambil kembali bekerja kerana mereka masih cukup sihat dan mampu untuk terus bekerja.

"Lagipun, para pekerja ini memikul tangungjaab yang amat berat kerana belum melangsaikan pinjaman perumahan, perlu menyelesaikan bayaran insurans serta bil perubatan dan menyara pendidikan anak-anak," katanya kepada Bernama.

Mengikut Rang Undang-undang Umur Prsaraan Minimum 2012 yang diluluskan Parlimen baru-baru ini, umur persaraan wajib bagi pekerja sektor swasta dinaikkan kepada 60 tahun dan seseorang majikan tidak boleh memaksa pekerjanya bersara sebelum dia mencapai usia persaraan minimum.

- Bernama