Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, March 11, 2011

PREMIUM INSURAN JADI DILEMA PENYOKONG BN

Bayangkan blogger ini yang menjadi penyokong BN dan UMNO mengeluh bila kena batang hidungnya sendiri, tapi masih sanggup menyokong BN walaupun penindasan kepada rakyat adalah hasil pentadbiran Barisan Nasional.
Blogger BN ini nak meluahkan ketidakpuashatiannya dan kemarahannya serta sanggup menyokong Pakatan Rakyat dalam membantah kadar premium insuran yang cekik darah.
Semoga Allah akan membuka hati dan mata mereka yang beragama Islam ini agar tidak mengundi BN semasa PRU13 kelak.

Nak tahu bagaimana marahnya blogger BN itu bacalah di bawah :-

Premium insurans tak masuk akal !
Salam,


Kita menyokong penuh suara para wakil rakyat sama ada dari daripada kerajaan dan pembangkang yang bersatu membantah tindakan syarikat insurans 'mencekik darah' pengguna kereta lama berusia lebih 10 tahun. Suara bantahan yang diutarakan mereka memang berasas. Ramai pengguna mengeluh dan tertekan dengan situasi yang berlaku.

Namun, di pihak pengguna kereta lama dan yang ingin mengambil insurans pihak ketiga, tiada pilihan lain. Tidak mengambil insurans yang ditawarkan oleh syarikat pencekik darah ini bererti cukai jalan kereta tidak dapat diperbaharui. Inilah dilema yang dihadapi, yang akhirnya memaksa pengguna terpaksa membayar insurans yang lebih mahal berbanding dahulu.

Insurans kereta baru lebih murah berbanding dengan insurans pihak ketiga. Malah membeli insurans pihak ketiga lebih mahal daripada insurans 'first party'. Peliknya pemilik kereta lama - yang membeli insurans sekadar untuk memperbaharui cukai jalan - tidak pula dibenarkan membeli insurans 'first party'. Alasan syarikat insurans ialah kereta lama ini berisiko tinggi.

Situasi ini makin menyusahkan rakyat, ditambah pula dengan karenah bengkel panel yang dilantik syarikat insurans, jika kereta mengalami kemalangan. Penipuan bengkel panel ini memang berleluasa, alag ganti tiruan, mutu kerja yang rendah dan tempoh menunggu yang lama adalah sebahagian karenah yang terpaksa dihadapi pengguna. Tuntutan yang keterlaluan, diluluskan pula oleh syarikat insurans.

Diharapkan suara para wakil rakyat ini didengar oleh Bank Negara Malaysia. Biar ada tindakan susulan yang lebih bernas dan adil untuk kepentingan pengguna kereta.

2 comments:

Anonymous said...

rakyat didulukan...padan muka org ameno....biawak dah menggigit..sedo-sedo le

Anonymous said...

ahahaha...org2 bawah nk renew insurance pun menggelabah tp yg atas2 lgsung xpenah kisah...

People's first la katakan...ahhaa..

padan muka....!! wakakakak