Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, July 21, 2010

MEMANG BIUL KALAU JPM MESYUARAT DI DEWAN UMNO

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Ahli Parimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali mempersoal tindakan Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberikan taklimat kepada kakitangan kerajaan di dewan Umno dan dirasmikan oleh ketua Umno Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Lo' Lo' berkata, JPM masih berfikiran lapuk dengan beranggapan seolah-olah Umno itu adalah kerajaan.

"Bagaimana sebuah unit dibawah JPM boleh terus bersetuju untuk memberi taklimat pada kakitangan kerajaan walau pun dimaklumkan tempat yang dicadangkan adalah sebuah dewan parti politik yang berselerak dengan bendera parti.

"Apakah JPM tidak perlu akur kepada General Order yang melarang kakitangan kerajaan terlibat secara aktif dengan parti politik. Inilah kerajaan pusat yang ada yang tidak pernah belajar dari kesilapan dan tidak sedia untuk berubah. Mereka sentiasa beranggapan dan bertindak seolah-olah Umno itu ialah kerajaan dan kerajaan itu Umno," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Menurut Lo' Lo', daripada sumber yang diterimanya, taklimat berkenaan mengenai pengosongan kuarters kerajaan Jalan Cochrane yang terletak di Parlimen Titiwangsa.

Majlis berkenaan diatur oleh rukun tetangga kuarters tersebut berikutan mereka telah menerima notis pengosongan pada Disember.

Lo' Lo' memberitahu, sebelum ini beliau telah menyertai satu majlis dialog berhubung isu yang sama iaitu penduduk telah menerima notis untuk mengosongkan kuarters pada Mei yang lalu.

Beliau juga telah mendapat jaminan daripada pegawai BPH yang hadir pada malam tersebut bahawa kakitangan kerajaan tidak akan diminta mengosongkan kuarters sehingga urusan tukar milik status hartanah tersebut disempurnakan.

Hal ini kerana penduduk khuatir kawasan berkenaan tidak akan dibangunkan terus dan terbiar bertahun-tahun seperti yang berlaku di kawasan kuarters kerajaan Jalan Imbi yang sehingga kini terbiar dan menjadi sarang penagih dadah serta dipenuhi setinggan-setinggan.

Beberapa rumah yang dikosongkan dan telah dirobohkan di kawasan itu juga tinggal seperti padang jarak padang tekukur.

Menurut Lo' Lo' juga, walaupun beliau telah membantah taklimat itu diadakan di dewan Umno namun pegawai berkenaan mendapat arahan untuk meneruskan majlis malam tadi.

Ujarnya, rakyat boleh menilai bahawa selama ini kerajaan memang bersekongkol dengan Umno dan wujud 'double standard' dalam melaksanakan program-program mereka.

APA RASA KALAU AHLI KELUARGA KITA YANG KENA I.S.A

KUALA LUMPUR, 20 Julai : Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menahan seorang lagi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya demi memerangi keganasan Jemaah Islamiah (JI) dalam negara.

Mohammad Fadzlullah Abdul Razak, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman. "Polis cakap dia ditahan kerana keganasan antarabangsa," ujar Hasnol Hadi Abdul Razak, 25, ketika ditemui pagi tadi, di sini.

Menurut beliau, pihak terbabit kemudiannya menggeledah rumah bapanya ala samseng tanpa waran. Dalam penggeledahan tersebut, katanya, mereka merampas dua komputer riba, topeng, tali, kompas serta sebilah pisau, sehingga menakutkan beliau sekeluarga.

Mereka turut menuduh abangnya masih bergiat dalam aktiviti keganasan di Thailand sejak beberapa hari lalu. Sedangkan, katanya lagi, abangnya yang juga graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu sudah setahun bekerja dan hidup aman damai bersama-sama beliau sekeluarga, di sini.

"Dia bukan baru sehari dua balik sini (Malaysia), sudah setahun dia bekerja di sini, tapi polis kata dia baru sehari dua balik ke Malaysia selepas berjihad," katanya yang juga juruteknik IT sebuah firma di Shah Alam. Tidak cukup dengan itu, ujarnya, mereka turut mengugut bapanya sehari selepas abangnya ditahan tanpa bicara.

"Ada (kecam), dia telefon bapa saya dan ugut, saya boleh ditahan 5 tahun kerana saya tanya tentang abang saya," beliau menambah. Menurut beberapa sumber, Mohammad Fadzlullah dipercayai ditahan menurut Seksyen 73(1) ISA untuk disoal siasat selama 60 hari.

Pun begitu, kebiasaannya, mereka yang ditahan tanpa bicara melewati tempoh masa tersebut, bergantung pada keputusan Najib dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan keluarga mangsa telahpun membuat aduan kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sabtu lalu.

Dilaporkan, Suaram telahpun bersetuju untuk menyediakan khidmat guaman secara percuma. "Suaram akan bantu, minta dia boleh diwakili peguam, keluarkan abang dulu," jelasnya. - HARAKAHDAILY

PROJEK NAJIB PRK94 RM15.6 JUTA CACAT DEK RIBUT SEMALAM


Bumbungn bagi 2 blok pangsapuri kos rendah di Bukit Beruntung yang baru iganti oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor yang menjadi bahan kempen PRK Hulu Selangor April lepas telah dicacatkan oleh ribut 4ptg semalam yang diturunkan oleh Allah s.w.tKelihatan bumbung tersebut renyok dan besi aluminium patah-riok dek ribut yang melanda mematahkan banyak pokok di tepi-tepi jalan di pangsapuri tersebut. Kebetulan , ribut tersebut seolah-olah menguji kekuatan dan kualiti binaan projek Najib kerana bangunan yang terlibat adalah bangunan yang terawal siap di jalan Semarak tersebut.
Sebaiknya post mortem perlu dilakukan dan membandingkan kualiti bumbung yang di baiki Pakatan Rakyat.

MARI BANTAH SAMAN EKOR , ADA PEGUAM AKAN BANTU

Khidmat guaman percuma

MEDAN ISTANA – Pakatan Rakyat (PR) menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada rakyat tanpa mengira sentimen politik yang ingin membawa isu saman ekor ke mahkamah bagi menuntut keadilan.

Pengarah Pilihan Raya Pas Perak, Asmuni Awi berkata, tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang enggan memperbaharui cukai jalan kepada pesalah sama ekor adalah bertentangan undang-undang.

Asmuni yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, pesalah saman ekor seperti dianiaya kerana mereka tidak pernah dibuktikan bersalah sama ada melalui pengakuan ataupun pihak pendakwa.

“Justeru, ia kelihatan seperti satu penganiayaan kepada pengguna jalan raya kerana mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya kesalahan yang dilakukan,” katanya pada sidang media di Pejabat Pas Perak di sini, semalam.

Beliau berkata, kegagalan pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan seolah-olah sudah terbukti bersalah oleh mahkamah dan ini bercanggah dengan prinsip keadilan.

“Justeru, pengguna jalan raya mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu dan diberi peluang membela diri di mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman ke atas mereka,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas I, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau akan membangkitkan isu saman ekor dalam Dewan Rakyat kerana telah menimbulkan banyak masalah kepada orang ramai.

Menurutnya, tindakan polis menguatkuasakan saman ekor bercanggah dengan undang-undang kerana pemilik kenderaan hanya boleh didakwa dan didapati bersalah di mahkamah dan bukannya diminta terus membayar saman.

“Sejak 10 tahun lalu kira-kira 10 juta saman ekor dikeluarkan di seluruh negara dan disebabkan pengeluaran saman itu agak samar saya akan menegakkan keadilan dengan membawa perkara itu ke Dewan Negara supaya rakyat tidak akan teraniaya pada masa hadapan.

“Jika dihitung jumlahnya mencecah RM2 bilion dan saman ekor ini seolah-olah untuk mendapatkan hasil kutipan cukai dengan cara paling mudah,” katanya.

Mohammad Nizar berkata, rakyat yang berhadapan dengan masalah itu boleh hadir ke Pejabat PR untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman percuma daripada peguam mereka.

PKFZ WAJAR DISIASAT SAMPAI A HINGGA Z

Kemanakah RM4.6 billion hilang?

Skandal PKFZ: Penglibatan Umno cuba ditutup
Dzulfikar Mashoor

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tengahari tadi mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.

"(Antaranya) membabitkan Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

“Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut," jelasnya.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Agong PAS, Mahfuz turut menjelaskan, Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB.

Image"Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor," kata Mahfuz.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

"Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.

"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai.

"Bagaimana Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas," kata Mahfuz lagi.

Dakwa Mahfuz, kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

"Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi," dakwanya.

Beliau juga mempertikai keputusan Najib yang mengarahkan Pasukan Khas yang dibentuk PKA sendiri supaya membentangkan laporan lengkap skandal PKFZ itu dalam Kabinet Rabu ini.

"Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui," katanya.

Turut menyertai Mahfuz, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehuddin Ayub.

Julai lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid berjanji untuk menyerahkan laporan lengkap berhubung skandal PKFZ sebelum sidang Parlimen depan.

Dalam kenyataannya, Azmi mengakui 405 ektar tanah yang menempatkan gudang, blok, pejabat dan hotel bertaraf empat bintang itu menjadi pertikaian khalayak sejak 2003, apabila kos pembangunannya RM2.5 billion telah melambung pada RM4.6 billion secara misteri.

Disebabkan itu, Azmi sendiri meminta Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membuat apa-apa penjelasan, sehinggalah siasatannya selesai.

Dalam pada itu, Azmi bersama-sama Abdul Ghani memanggil dua bekas Menteri Pengakutan Tun Dr. Ling Liong Sik (berjawatan 1986-2003) dan Datuk Chan Kong Choy (berjawatan 1 Julai 2003 – 18 Mac 2008) untuk melengkapkan siasatan skandal tersebut, tetapi menafikan keterlibatan kedua-dua menteri terbabit dalam skandal itu.

Dalam pra laporan, Azmi telah memanggil lima syarikat yang disyaki, termasuk PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dikatakan khalayak mendalangi skandal rasuah PKFZ tersebut.

Timbalan PAC yang juga Ahli Parlimen Kepong/Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr. Tan Seng Giaw pula sebelum ini turun mendapatkan keterangan daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional terbabit yang lain; seperti Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail, Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung (MCA) dan sebagainya.

Sumber lain melaporkan bekas Menteri Pengangkutan sebelum ini, Tun Dr. Ling Leong Sik (mantan Presiden MCA) dan Tan Sri Chan Kong Choy juga pernah dikatakan terbabit melindungi watak-watak misteri di sebalik skandal PKFZ dari tahun 2003 hingga 2006.

Isu skandal PKFZ yang berleluasa sejak penghujung 1990an lalu kembali menggamit perhatian khalayak apabila Najib sedaya upaya cuba menutup dakwaan berani Tiong ke atas Presiden MCA Ong Tee Kiat baru-baru ini; bahawa MCA mendapat kepentingan RM10 juta dari faedah PKFZ.