Tuesday, June 15, 2010

DIPERCAYAI ANTARA PROJEK BN SEBELUM KALAH PRU13 SELEPAS PROJEK KG BARU

PROJEK BARU KRONI BN : PLAT NOMBOR MICROCHIP

Ada sumber yang mengatakan satu cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan telah dikemukakan dimana semua pemilik kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia akan dikehendaki menggunakan plate nombor baru.

Plate nombor ini akan ditanam dengan microchip didalamnya, mungkin bagi memudahkan agensi penguatkuasaan kerajaan seperti Polis dan JPJ dalam mendapatkan maklumat sepenuhnya tentang kenderaan dan pemiliknya.

Ala… macam Kad Pengenalan kita tu la.. ada microchips tu. Microchips yang menyimpan data-data tentang kita, kalau tak silap tarik lahir, alamat dan lain-lain lagi yang aku dah lupa..

Nampak advance.. Plate Nombor kereta bermicrochip.. tapi akhirnya mungkin akan menjadi seperti kad pengenalan yang bermicrochip kita itu… berapa ramai penguatkuasa yang dibekalkan dengan ‘Card Reader’ untuk membaca apa yang terkandung didalam microchip itu?

Sumber juga mengatakan pengeluaran Nombor Plate Bermicrochip ini akan diserahkan kepada dua syarikat baru.. yang sudah pastinya syarikat yang dikuasai oleh kroni mereka UMNO/BN… kerana tiada sebarang tender terbuka yang telah dijalankan..

Harga bagi setiap nombor plate yang dikeluarkan itu ialah sekitar RM150.00 dan cuba anda kira berapakah perolehannya atau keuntungannya jika kita letakkan kadar keuntungannya ialah 50% dari hasil jualan..

50% itu adalah peratusan paling rendah aku letak, kerana biasanya kroni-kroni UMNO/BN ini akan ‘mark-up’ melebihi 50% malah ada yang mencecah 100%.. Cuma turunkan tandatangan saja..

Di Malaysia terdapat lebih kurang 20 Juta kenderaan berdaftar ini termasuk Bas, Lori, Motorsikal dan sebagainya yang membayar cukai jalan.. dengan kadar RM150 bagi setiap plate nombor itu berapakah keuntungannya..

20 Juta Kenderaan x RM150.00 = RM3 Billion sahaja dan 50% dari RM3 Billion itu berapa wahai sahabat-sahabatku???

MUSIM MENAWAR DAH JANGKIT KE ADUN MALIM NAWAR?

Masa di tawar RM20 juta tak keluar DAP,kini tanpa tawaran Keshvinder keluar DAP Teman pun terpikio , manasabah atau manasarawak Keshvinder nie?

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Keshvinder menang dengan majoriti 1,362 mengalahkan calon MCA Dr Chai Song Poh.

Beliau menyalahkan DAP dan mendakwa partinya itu tidak membantu beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan terpaksa menggunakan dana sendiri untuk memberikan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Katanya, surat keluar dari parti telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pagi tadi.

Bagi beliau, tindakannya ini untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya.

KESEDIHAN KEMBALINYA SEORANG ARKITEK & PEJUANG ISLAM




Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Taman Selaseh 2, Gombak di Kuala Lumpur pada jam 9.55 pagi.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira tiga kilomreter dari rumahnya di Taman Melewar.

Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di pekarangan Dewan Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar dan diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi.

Lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu.

Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.

Turut hadir ialah Tmbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiga naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - serta beberapa ahli jawatankuasa PAS pusat seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Hashim Jasin.

Sementara itu, seorang jawatankuasa PAS pusat yang ditemui selepas pengebumian, Hanipa Maidin berkata kematian Hassan adalah kehilangan besar bagi PAS kerana allahyarham merupakan seorang tokoh yang berpengalaman serta berilmu.

"Beliau adalah orang parti yang istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat dia.

"Saya banyak belajar tentang perlembagaan PAS dengan beliau,walaupun saya seorang peguam. Beliau tidak pernah lokek," kata Hanipa.

Katanya, Hassan adalah seorang yang sayang kepada parti dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk memajukan parti.

Hassan meninggalkan isteri Hamidah Abdul Mutalib dan enam cahaya mata - lima perempuan dan seorang lelaki.

Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

MASYALLAH BESARNYA MANUSIA !





ANGKARA SIAPA TANGKAPAN INI BERLAKU ?


USTAZ IBRAHIM ZAKARIA DITAHAN POLIS MESIR
Selasa 15 Jun 2010

Al Fadhil Ust Ibrahim Zakaria (Nama sebenar Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria) bekas calon PAS Lenggong 2008 dan AJK Dewan Ulama PAS Perak telah ditahan oleh pihak keselamatan Mesir. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Cairo selepas mendaftar masuk untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber yang menghubungi saya, beliau berada di Mesir selama dua bulan untuk mengikuti ujian kelayakan master di Universiti Zamalik, Cairo. Ketika ditahan beliau bersama dengan isteri dan anaknya, walau bagaimanapun isteri dan anaknya dilepaskan pulang ke tanah air, beliau pula dikenakan tahanan lokap yang tidak diketahui di mana tempatnya. Sehingga sekarang, tidak ada siapa yang tahu punca-punca penangkapan.

PAS Negeri Perak dan PAS Pusat sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut penangkapan ini dan berusaha menghubungi pihak kedutaan Malaysia di Mesir dengan kerjasasama Wismaputra bagi membebaskan Ust Ibrahim.

Seluruh ahli PAS diseru solat Hajat supaya Ust Ibrahim dalam keadaan selamat dan segera dibebaskan, kita yakin beliau tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah yang menyebabkan beliau ditahan oleh Polis Mesir.

BAIK ADA MAKNA ! WANG FELDA RM4 BILION SUSUT JADI RM200 JUTA

Berikut adalah terjemahan surat terbuka oleh Dr. Tan Kee Kwong yang menuduh Najib mufliskan Felda.

Terjemahan ini telah dibuat dengan menggunakan kemudahan Google Translate.
_________________________________

Saya menulis surat ini dengan hati yang sangat berat.

Supaya perspektif difahami, selepas jiwa saya lama mencari, saya telah menyertai parti Keadilan pada bulan Ogos 2008.

Dari tahun 1999 hingga tahun 2004, saya adalah Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi kerajaan Barisan Nasional.

Menteri saya, Tan Sri Kasitah Gadam, utuskan saya untuk bertanggung jawab menjawab pertanyaan di Parlimen mengenai semua hal Felda.

Pada tahun 2004, sebelum Najib mula mencampuri urusan Felda, Felda adalah kebanggaan industri kelapa sawit. Ia mempunyai 75 kilang kelapa sawit, aset bernilai RM 7 Bilion dan wang simpanan berjumlah RM 4,5 Bilion.

Apa yang saya baru saja mendengar amat mengeciwakan.
Secara terbuka saya menuduh Najib tunggal sendirian menghancurkan Felda!

Setakat ini, dari jumlah wang simpanan RM 4.5 Bilion itu, hanya baki RM 200 Milion yang ada. Bahkan sebenarnya dengan catatan harga CPO selama beberapa tahun terakhir, Felda, jika dikelola dengan baik, mesti mempunyai resab wang tunai sebanyak RM 6 Bilion. Sebaliknya telah berlaku dan sekarang Felda hanya memiliki jumlah yang memalukan.

Ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, ia menempatkan diri bertanggung jawab atas Felda. Dia memberikan alasan mengarut bahawa arwah ayahnya Tun Razak yang mulakan Felda, maka Najib harus meneruskan tradisi keluarga menjaga Felda.

Bahkan jika arwah Tun Razak tahu apa Najib telah buat terhadap, arwah akan berpaling dalam kuburnya.

Begitu juga dengan bekas Ketua Felda, Tan Sri Raja Alias. Tan Sri Raja Alias melakukan pekerjaan yang sangat baik dalam menjaga Felda.

Alasan sebenarnya mengapa Timbalan Perdana Menteri yang sangat sibuk ingin menguruskan Felda sendiri sekarang sangat jelas.

Dia ingin mempunyai akses kepada simpanan wang Felda yang besar itu.

Apa memakan masa 40 tahun panjang untuk membina, Najib hancurkan dalam 5 tahun yang singkat.

Rujuk kepada perkara lain, saya baru mendengar di NTV 7 berita bahawa kerajaan BN akan membeli 3 kapal luar biasa untuk Tentera Laut berharga RM 2.2 Bilion! Hanya beberapa hari lalu Dato Idris Jala mengumumkan bahawa jika kita tidak waspada, kita akan menjadi seperti Greece dalam lingkungan masa 9 tahun. Jika keadaan sekarang pun sudah begitu teruk, bagaimana Kerajaan boleh menjustifikasikan menghabiskan begitu banyak wang untuk membeli kapal, sedangkan Dato Idris Jala tegaskan kita tidak punyai wang itu?

Jadi sangat jelas bahawa Pakatan Rakyat HARUS mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam Pemilihan Umum akan datang. Ini adalah keutamaan kami untuk menyelamatkan negara. Jika Pakatan mengambil alih dalam masa 20 tahun itu akan terlalu terlambat, kerana negara sudahpun muflis. Jadi Rakyat Malaysia buka mata anda untuk melihat bagaimana negara ini dihancurkan oleh tokoh-tokoh politik yang tamak dan korup dari UMNO / BN. Buang mereka keluar dari Putrajaya! Mendaftar sebagai pengundi sekarang!

EKUITI 30% TERSASAR SEJAK TUN MAHATHIR


Sasaran 30 peratus ekuiti untuk bumiputera di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) tidak akan dapat dicapai kerana tiada insentif yang diberikan untuk mempertahankan pegangan mereka, kata ahli ekonomi terkemuka, Jomo KS.

"Anda mempunyai situasi, di mana ukuran anda mengenai apa yang akan membawa kemajuan kepada orang Melayu, adalah satu ukuran yang akan gagal, kerana dasar tersebut," katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat mengenai RMK10.

Jomo mendakwa mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah orang yang bertanggungjawab memulakan amalan di mana saham bumiputera diberi kepada segelintir golongan elit sahaja.

Menurutnya, amalan tersebut telah mengakibatkan ekuiti bumiputera menjadi beku antara 18 hingga 22 peratus sejak pertengahan 1980-an.

"Jika anda melihat angka-angka dari tahun 1970 dan seterusnya, dari 2.4 pada tahun 1970, ia meningkat ke sekitar 18 peratus pada

awal 1980-an dan kemudian kekal antara 18 hingga 22 peratus untuk 30 tahun akan datang.

"Mengapa itu berlaku? Kerana anda mengambil aset yang dipegang bagi pihak masyarakat bumiputera dan kemudian memberikannya kepada beberapa orang sahaja.

"Jadi apa yang mereka lakukan? Kerana mereka mahu buat duit, maka apa yang mereka lakukan ialah menjualnya. Jadi hasilnya adalah ianya tidak lagi dimiliki oleh bumiputera," jelasnya.

TAMAN MELEWAR BERTALI ARUS DENGAN PEMIMPIN PAS & AHLI PAS BERTALI ARUS


Sekitar foto malam tadi yang dipenuhi pelawat dari kalangan ahli dan pemimpin PAS dan rakyat bagi memberi penghormatan terakhir pada Allahyarham Ustaz Hasan Syukri di Taman Melewar malam tadi.

nota : abaikan tarikh pada foto ini.Tarikh sebenar ialah 14 Jun 2010 bersamaan 2 Rejab 1431 Hijriah


Beliau meninggal dunia pada 1 Rejab 1431 , 14 Jun 2010 jam 2 petang.

Kelihatan Sdr Jamuliddin yang baru pulang dari Gaza hadir juga.
Allahyarham Ustaz Hassan sebelum itu telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Bekas timbalan presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang semalam. Beliau yang dimasukkan ke Hospital Selayang pagi itu baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam sebelumnya selepas menyertai Muktamar PAS ke-56 di sana. Turut serta bersama beliau malam itu adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.


Butiran Lanjut kisah Wira Sg. Manik http://buanadunia.blogspot.com/2010/06/belansungkawa-ustaz-hassan-syukri.html