ULAMA PEWARIS NABI
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, April 5, 2016
Wednesday, March 30, 2016
ADMIN PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2 MELETAKKAN PENANYA
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARAKATUH, YG BERBAHAGIA KETUA CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2, AJK PAS CAWANGAN DAN AHLI-AHLI PAS SERTA PENYOKONG TEGAR PAS DAN ATAS PAGAR. ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH ... ANA SEBAGAI ADMIN PERTAMA DAN PENCIPTA BLOG PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2 INI SEJAK OKTOBER 2008 DAPAT MENYENGGARA DAN MEMUATKAN INFO DAN BERITA SERTA ARTIKEL DARI SEMUA SUMBER KEPADA SEMUA PEMINAT ,PENYINGGAH , AHLI PASBS2 DAN AHLI BLOG INI DAN SESIAPA SAHAJA YANG MEMBACANYA SEHINGGA 1/4/2016 .
ANA JUGA MEMOHON MAAF JIKA ADA ARTIKEL ATAU INFO YANG TIDAK BERAPA TEPAT MENYENTUH PERIBADI DAN KUMPULAN TERTENTU SEPANJANG MASA ITU. ANA SEBAGAI ADMIN BERHENTI SETAKAT 1/4/2016 ADALAH KERANA LETIH DAN SUDAH TUA SERTA MATA PUN KURANG JELAS KERANA USIA BERTAMBAH. UMUR ANA SUDAH MENJANGKAU 54 TAHUN DAN URUSAN BLOG DAN FACEBOOK AKAN DISERAHKAN KEPADA AJK ATAU AHLI PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA YANG LEBIH BERTENAGA DAN BERDAYA MAJU MENINGKATKAN SEMUA AKTIVITI DEMI MENINGKATKKAN KUALITI DAN KECEMERLANGAN KEJAYAAN PAS.MALAH ANA SEBAGAI ADMIN PASTI IBNU SINA BUKIT SENTOSA 2 JUGA TELAH DISERAHKAN LEBIH AWAL.TERIMA KASIH

Monday, March 28, 2016
TIBA-TIBA EDITOR KANAN UNDUR DIRI
Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pengunduran editor kanan akhbar itu Ku Seman Ku Hussain berkaitan dengan sikap kritikal beliau dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion.
"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” katanya.
Zainuddin mendakwa, sikap Ku Seman itu dianggap tidak selari dengan kerajaan, sekali gus menyebabkan beliau diberikan surat amaran oleh pengurusan Utusan.
“Malah ekoran tulisannya beliau dianggap sebagai penyokong pembangkang,” dakwa Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.
Menulis dalam kolum terakhirnya di Mingguan Malaysia, edisi Ahad Utusan, hari ini, Ku Seman mengakui “Utusan Melayu universiti saya” menjadi artikel terakhirnya.
Ku Seman turut mengimbas kembali nostalgianya di Utusan bermula hari pertama beliau mendaftar masuk kepada Zainuddin pada 1984.
Sumber-sumber memaklumkan beliau meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan syarikat memindahkannya keluar daripada bahagian akhbar kepada sebuah anak syarikat.
Perkara itu dikaitkan dengan tulisan lantang beliau tahun lalu yang mempersoalkan integriti Umno dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bercakap kepada Malaysiakini, Zainuddin mempertahankan tindakan Ku Seman meletakkan jawatan selepas lebih 32 tahun berkhidmat bersama akhbar Umno itu sebagai wajar.
“Kerana kalau beliau tunggu sekali pun ia hanya akan menyeksa diri beliau,’ kata Zainuddin.
Zainuddin berkata apa yang berlaku mengingatkan mereka bahwa dalam dunia kewartawanan juga, “kebinatangan politik mengatasi kemanusiaan”.
Korban prinsip
Malah, ujar Zainuddin, ia bertambah buruk apabila wartawan hari ini dijadikan alat demi kepentingan politik.
“Di dunia ini wartawan menjadi alat kepada orang-orang yang mahu menjadikan mereka alat pemimpin.
“Tapi dalam soal Ku Seman berbeza di mana saya melihat beliau ini berbeza.
“Ku seman adalah pengarang yang paling terbilang di mana beliau sanggup berkorban untuk prinsip dia semata-mata memikirkan masa depan dan ketamakan pemimpin politik sedia ada,” tambah Zainuddin.
Menulis di blognya, Zainuddin berkata, rakan-rakan Ku Seman telah diberitahu sebelum ini bahawa beliau akan berhenti.
Ku Seman tidak dapat dihubungi buat masa ini bagi mendapatkan sebab sebenar beliau berbuat demikian.
Usaha menghubungi Ketua Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak juga belum berhasil.

Tuesday, March 8, 2016
ASTAGHFIRULLAH ! 80% GELADANGAN ADALAH ORANG MELAYU ISLAM DI KOTA KL
Lebih 80 peratus daripada kira-kira 100 orang gelandangan atau warga miskin kota yang menerima bantuan makanan di sesebuah gereja pada satu-satu masa terdiri daripada Melayu beragama Islam.
Pendedahan tersebut diakui seorang ibu tunggal ketika kebetulan ditemui Malaysia Dateline di Surau Balai Islam berdekatan Bulatan Pahang, Kuala Lumpur semalam.
Hanya mahu dikenali sebagai Junaidah (bukan nama sebenar), 50, beliau yang menjaga seorang anak lelaki menghidap penyakit ulser tulang memberitahu ramai gelandangan Melayu terpaksa mengharap bantuan daripada pihak gereja dan NGO berlatarbelakangkan Kristian.
Ujarnya, sebuah gereja berhampiran Dataran Merdeka menyediakan sarapan mulai jam 8 pagi setiap hari manakala satu gereja lagi di Bukit Nanas menjamu makanan tengah hari kepada warga miskin kota juga setiap hari.
"Bagusnya lagi, pihak gereja menghormati gelandangan beragama Islam. Kami akan makan terlebih dahulu selepas wakil daripada kami diminta membacakan doa makan. Kemudian, baru doa untuk penganut mereka pula dibaca.
"Selain makanan, gereja dekat Dataran Merdeka itu siap beri sabun, benarkan gelandangan cuci baju dan sediakan ampaian untuk menjemur pakaian," ujarnya yang kali terakhir menerima bantuan makanan di gereja terbabit selepas Aidilfitri tahun lalu.
Beliau yang tiba di surau itu bertanyakan pada Malaysia Dateline tentang imam untuk memohon bantuan wang ihsan selepas kira-kira sejam berlalunya solat Asar berjemaah.
"Minta bantuan pada Baitulmal setakat RM250 hingga RM300 sebulan. Sewa bilik di KL pun sudah RM300.
"Saya dengan anak berusia 25 tahun mulai tahun 2016 tidur di sekitar Masjid Negara kerana tak mampu menyewa bilik," ujarnya yang berasal dari Rembau.
Bercerita lanjut tentang perbandingan dengan layanan institusi ibadat Islam, Junaidah berkata, pihak masjid sekitar ibu negara tidak pula berbuat demikian.
"Masjid Negara pun tidak ada. Hanya NGO dan mahasiswa saja yang ada berikan kami sumbangan makanan.
"Kalau dekat kawasan Kolej Segi berhampiran Anjung Singgah, ada seorang Datin bagi sumbangan duit setiap bulan. Itu usaha orang perseorangan. Kalau Baitulmal lagilah, bagi (bantuan kewangan) buat syarat saja.
"Kelmarin, saya minta bantuan wang ihsan untuk ambil dua anak yang dijaga bekas suami di Jengka.
Baitulmal tak bagi wang sebab katanya duit bulanan sudah bagi," ceritanya di perkarangan surau sambil merenung jauh kenderaan yang mulai sesak di Bulatan Pahang itu.
Berkongsikan pengalamannya yang pernah memohon bantuan bulanan pada Baitulmal di Terengganu tahun lalu bagi pihak anaknya, Junaidah berkata institusi itu menolak permohonan mereka dengan alasan bukan pemastautin.
"Saya merayu mereka buat tak tahu walaupun kad pengenalan anak saya terbukti lahir di Terengganu. Katanya, datanglah esok lusa jumpa pegawai mereka padahal saya tidak boleh tunggu. Penyakit anak saya kena cepat diberi ubat.
"Kata pegawai itu ramai orang begitu. Pada kad pengenalan saja lahir di Terengganu, tinggal di negeri lain," cerita Junaidah kembali sehingga beliau pada hari tersebut terpaksa memohon jasa baik pihak Jabatan Mufti yang pejabatnya tidak jauh dari Baitulmal itu.
Beliau berkata, pihak Baitulmal memberi bantuan hanya selepas Jabatan Mufti itu menghubungi Baitulmal memaklumkan permohonan mereka harus diberi perhatian.
"Itupun Baitulmal beri bantuan kecemasan RM100 bukan bantuan bulanan dengan alasan sama - bukan pemastautin.

Monday, March 7, 2016
SAPA YANG SALAHGUNA ???? TAHNIAH RISDA
KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Khamis membuat laporan polis terhadap sebuah firma guaman atas dakwaan pecah amanah wang pendahuluan RM15,545,400 berkaitan cadangan pembelian 2,428 hektar tanah di Tongod, dua tahun lalu.
Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama-sama pegawai undang-undang dan pegawai kanan Risda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pada kira-kira 12 tengah hari.
Bercakap kepada pemberita, Zahidi berkata pihaknya telah menghantar notis meminta firma guaman berkenaan memulangkan wang pendahuluan itu memandangkan pembelian tanah terbabit tidak dapat diteruskan, namun sehingga kini tiada respons.
"Kami melihat mereka seolah-olah tidak berminat menyerahkan semula wang deposit itu dan kami beranggapan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan pecah amanah dan tindakan harus diambil," katanya.
Jelasnya, Risda membayar wang pendahuluan 10 peratus itu pada Julai 2014 melalui firma guaman yang dilantik itu bagi pembelian tanah bernilai RM155,454,000 di Tongod, kira-kira 265km dari sini, untuk tujuan penanaman getah sebagai usaha mengembangkan potensi pekebun kecil.
Bagaimanapun, katanya, Risda tidak jadi membeli tanah itu apabila dimaklumkan Pejabat Tanah negeri bahawa status geran tanah yang terletak di Sungai Pinangah dan Sungai Labau itu tidak boleh ditukar kerana ia adalah 'tanah pribumi'. cp Kinabalutoday.com

Friday, March 4, 2016
SUBHANALLAH ! DEKLARASI SELAMATKAN MALAYSIA !
Berikut senarai individu yang hadir di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur untuk menandatangani deklarasi anti-Najib demi 'Selamatkan Malaysia'.
Deklarasi itu bagi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia menjadi detik bersejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas presiden Umno duduk semeja bersama pemimpin pembangkang.
Dr Siti Hasmah Mohd Ali,Maria Chin Abdullah, S Ambiga, Mustapa Ali, Zaid Ibrahim, Lim Kit Siang, Ling Liong Sik, Muhyiddin Yassin, Mahathir Mohamad,
Mohamed Azmin Ali, Sanusi Junid, Muhkriz Mahathir, Mohamad Sabu, Husam Musa, Mahfuz Omar, Khairuddin Aman Razali, Tamrin Ghafar, Hishammudin Rais,
Salahuddin Ayub, A Kadir Jasin, Muhammad Muhammad Taib, Elizabeth Wong, Kamaruddin Jaafar, Mujahid Yusof Rawa, Teresa Kok, Tian Chua, Anthony Loke,
Hasanuddin Mohd Yunus, Khairuddin Abu Hassan

Wednesday, March 2, 2016
SEMOGA ALLAH PERKENANKAN PENERIMAAN PERSOALAN DARI RAJA-RAJA MELAYU....AAMIIN
Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin hari ini menyembah beberapa soalan kepada Raja-Raja Melayu berhubung kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB yang diilhamkannya tetapi terpalit dengan pelbagai isu.
Beliau merujuk kepada gesaan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizziddin Shah yang mahu kerajaan menyokong usaha anti-rasuah bagi memperbaiki kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah Transparency International (TI) yang dikatakan sebagai membimbangkan.
Antara lain, Kadir menyoal sama ada Raja-Raja berpuas hati dengan reaksi pentadbiran Najib terhadap titah perintah baginda mengenai 1MDB?
Katanya, pada Oktober lalu, Raja-Raja bertitah menuntut siasatan 1MDB disegerakan dan tindakan sewajarnya diambil ke atas semua yang terbabit jika terdapat salah laku.
“Hampir lima bulan sudah berlalu. Dalam tempoh itu, Peguam Negara (Tan Sri) Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan atas alasan beliau sakit dan tidak boleh menjalankan tugas.
“Tidak ada “medical board” dipanggil. Tetapi Abdul Gani cukup sihat sehingga boleh membuka syarikat guaman sendiri. Pengganti beliau, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, dilantik dalam suasana yang mencurigakan,” katanya dalam satu tulisan di blog.
Kadir seterusnya menyoal adakah Raja-Raja berpuas hati bahawa Yang di-Pertuan Agong telah diberikan maklumat yang sah mengenai kesihatan Abdul Gani apabila Seri Paduka bersetuju dengan kerajaan untuk menamatkan tempoh perkhidmatan peguam negara itu.
Sehati sejiwa selamatkan Malaysia
Kadir yang juga adalah bekas ketua pengarang Kumpulan News Straits Times juga membangkitkan jika Raja-Raja bersetuju dengan penyiasatan ke atas 1MDB.
“Adakah para duli tuanku bersetuju dengan apa yang telah terjadi kepada penyiasatan ke atas 1MDB sehingga kini, khususnya tindak-tanduk Apandi membatalkan, melambatkan dan menolak hasil siasatan ke atas 1MDB?” soalnya.
Selain itu, Kadir turut menyentuh mengenai kebimbangan Raja-Raja Melayu mengenai Akta Majlis Keselamatan Negara sehingga menyebabkan baginda menitahkan peguam negara supaya melakukan penapisan ke atasnya.
“Pakar-pakar perlembagaan dan perundangan berkata akta itu memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri dan agensi-agensi pelaksana (polis dan tentera) mengisytiharkan kawasan darurat dan memberikan kekebalan kepada mereka dalam menguatkuasakan akta itu,” katanya.
Berkenaan 1MDB, akaun peribadi Najib dan dakwaan pemesongan RM42 juta wang SRC International, Kadir memohon penjelasan sama ada Raja-Raja akan menitahkan agar sebuah Suruhanjaya Penyiasat di-Raja ditubuhkan bagi mengambil alih semua tugas menyiasat tiga isu itu.
“Akhir sekali, adakah Raja-Raja Melayu sehati sejiwa bersama rakyat jelata menyelamatkan Malaysia?
“Masanya sudah sampai bagi setiap warganegara Malaysia - daripada Raja kepada rakyat totok, tanpa mengira agama dan bangsa, parti dan ideologi – bersatu hati menyelamatkan Malaysia secara sah, aman dan bertamadun,” katanya.
Najib telah berulang kali menafikan dakwaan terhadapnya dan mengaitkan semua dakwaan itu sebagai komplot untuk menggulingkannya sebagai perdana menteri.
Begitu juga, 1MDB menuduh pengkritik mengkitar semula dakwaan untuk tujuan politik. cp A Kadir Jasin

Subscribe to:
Posts (Atom)