Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 24, 2015

TPM AKAN DISAMAN GARA-GARA ENGGAN TARIK KENYATAAN !

UALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Tian Chua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana menuduh dia menjadi dalang pertemuan Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan perkara itu setelah Zahid enggan menarik semula kenyataannya. “Tian Chua akan ambil tindakan mahkamah kalau Zahid tidak tarik balik dakwaan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen pada Selasa. Jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi, tidak wajar untuk menyalahkan anaknya kerana kehadiran anak sulung ketua pencerobohan Lahad Datu, Sabah itu telah diaturkan oleh penganjur. “Ia sesuatu yang dipanggil oleh penganjur, bukan Izzah yang panggil,” katanya. Zahid sebelum ini mendakwa Tian Chua merupakan dalang di sebalik penganjuran program yang diadakan di Filipina itu. Tian Chua bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mendesak Zahid menarik balik kenyataan dan memohon maaf kepada beliau. Zahid mempertahankan kenyataannya itu dan menegaskan tidak akan menarik balik kenyataan itu. Izzah dalam satu kenyataan mengakui diadan Naib Presiden PKR, Tian Chua pada 9 November lalu telah berada di Filipina untuk bertemu pelbagai pihak berkepentingan di Filipina.

No comments: