Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 19, 2014

TAK TERASA BERDOSA KE WAHAI PENUMPANG MAS ?

Astagfirullahhalazim ! Ana mohon Allah ampunkan dosa ana dan dosa keluarga ana dan sahabat ana dan semua umat Islam di Malaysia dan umat Islam yang jadi penumpang MAS dari luar Malaysia kerana pernah naik Kapalterbang MAS. Ana kira banyak kali naik rupanya ana terbersubahat menyumbang kos arak.
Sedemikian Marilah kita beramai-ramai beristighfar dan membuat tekanan dan saranan agar kos tambang MAS dikecualikan dari membayar kos arak dalam kapalterbang MAS dengan perbahan SEGERA.Mana mufti ni mana pejuang UMNO dan NGO Islam ?


Memetik kata-kata Subky Latiff dalam tulisannya :
"Setiap yang Islam itu hidup mesti diiringi oleh unsur dakwah. Orang yang menggunakan MAS patut terasa ada keselesaan yang disebabkan oleh Islam. Tetapi MAS tidak pernah membawa lambang Islam itu selain daripada menunjukkan arah Mekah di mana sahaja ia terbang"
Ia mengecewakan ramai pihak memandangkan ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak ayat hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan Allah.




Kenyataan akhbar

Malaysia sebuah negara Islam yang agak aneh. Di saat kita berbangga merasakan kita adalah sebuah negara Islam ikutan, di masa yang sama juga kita cuba melakukan perkara yang sangat bertentangan dengan nilai Islam malahan nilai sejagat.
Memetik kata-kata Subky Latiff dalam tulisannya :
"Setiap yang Islam itu hidup mesti diiringi oleh unsur dakwah. Orang yang menggunakan MAS patut terasa ada keselesaan yang disebabkan oleh Islam. Tetapi MAS tidak pernah membawa lambang Islam itu selain daripada menunjukkan arah Mekah di mana sahaja ia terbang"
Ia mengecewakan ramai pihak memandangkan ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak ayat hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan Allah.

Mengabaikan perintah mengharamkan arak serta perintah menutup aurat ertinya menolak sebahagian isi kandungan kitab al-Quran, firman Allah:"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Alkitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu lakukan.” (Al-Baqarah 85)
Kerajaan juga perlu rasa malu dengan kenyataan Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF),2 Alfred Tais bahawa ajaran Kristian sendiri tidak menggalakkan penganut ajaran itu mengambil minuman keras sekali gus menyokong cadangan memansuhkan hidangan arak dalam pesawat MAS.
Rasullullah S.A.W melaknat 10 golongan yang terlibat di dalam arak iaitu :-
1) Orang yang memerahnya (arak) iaitu pembuatnya
2) Orang yang meminta diperahkan (arak) iaitu pengedarnya.
3) Orang yang meminum arak
4) Orang yang membawa arak
5) Orang yang minta dihantarkan arak
6) Orang yang menuangkan arak
7) Orang yang menjual arak
8) Orang yang membeli arak
9) Orang yang makan hasil jualan arak
10) Orang yang minta dibelikan arak

Lebih memeritkan lagi dalam perbahasan Parlimen bilamana menteri menjawab soalan Parlimen Bachok, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary bahawa arak sebenarnya di beri secara percuma kepada setiap pembeli tiket.
Rujuk : http://m.harakahdaily.net/…/32165-setiap-harga-tiket-mas-te…
Negara jenis apa sebenarnya kita ini?
Di saat kita kehilangan MH370 yang masih belum diketahui di mana hilangnya dan di saat MH17 yang mengorbankan ratusan mangsa, kita terus tidak mahu sedar.

Dengan kerasnya Dewan Pemuda Pas Kelantan memohon agar pemberian arak ini dihentikan pada kadar segera tanpa apa-apa kompromi.
Sekian.
Nor Azariza Bin Mohd Alawi
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Kenyataan akhbar
26 Muharram 1436
19 November 2014

No comments: