Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, August 26, 2013

3 MENTERI BERTELAGAH SAPA NAK TEGAH ?

Waytha Moorthy pertahan pendirian bantah polis, mahu Zahid bekerjasama dengannya

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy kekal dengan pendiriannya membangkang tindakan polis menembak mati lima pemuda di Pulau Pinang baru-baru ini meskipun dikecam dua anggota Kabinet, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau menegaskan pelantikannya ke dalam kerajaan adalah untuk menangani masalah kaum India kerana perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menjelaskan tugasnya adalah bagi mencari penyelesaian dan pembangunan kepada masalah sosio-ekonomi masyarakat India.

“Bilangan mereka semakin bertambah dan membimbangkan. Adakah pihak yang pasti dengan menembak suspek ini dapat membasmi kadar jenayah negara?

“Saya menggesa Ahmad Zahid bekerjasama dengan saya bagi menangani isu ini supaya langkah pencegahan dapat diambil dengan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, pembabitan belia India dalam jenayah adalah disebabkan lemahnya pembangunan sosio-ekonomi masyarakat India dan menjadi tugasnya membantu kerajaan dan kaum India bagi menangani isu ini.

“Berhubung kenyataan saya membabitkan insiden tembakan lima pemuda India baru-baru ini di Pulau Pinang, adakah dengan terbunuhnya lima pemuda itu dapat menyelesaikan masalah jenayah negara? Kejadian itu memberi lebih publisiti kepada masyarakat namun tidak mendatangkan penyelesaian.

“Semalam, Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman, (Datuk) Hadi Ho Abdullah mendedahkan rekod polis mendapati 71 peratus kumpulan kongsi gelap adalah dari kaum India. Banyak bandar utama di Malaysia terdedah kepada ancaman kumpulan ini begitu juga di Pulau Pinang,” katanya.

Media melaporkan sebelum ini Ahmad Zahid menggesa Waytha Moorthy melepaskan jawatannya jika masih berfikiran umpama badan bukan kerajaan (NGO) apabila mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri itu menegaskan dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.

Katanya, jika ada seorang tokoh yang pernah mengetuai NGO, dan menjadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, maka individu berkenaan wajar berundur dari kerajaan dan kembali ke dalam NGO semula.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dilaporkan pernah menasihati Waythamoorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

Hishammuddin turut menyokong kenyataan keras rakan Kabinetnya, Ahmad Zahid bahawa Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekiranya berfikir seperti pemimpin NGO.

Menteri Pertahanan itu berkata, Waytha Moorthy perlu berfikir secara rasional dan mengetepikan emosi kerana berfikir menggunakan emosi bukanlah kaedah kepimpinan yang waras. – 26 Ogos, 2013