Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, December 6, 2009

BAPAK PROJEK AHMAD SAID MB GANU ATASI REKOD IDRIS JUSOH?

KT Sentral ‘Terminal Termoden’ dan Mini Putrajaya; Bakal Dibina Atas Penderitaan Rakyat

KUALA TERENGGANU – Pembangunan KT Central, sebuah terminal pengangkutan awam yang didakwa ‘termoden’ akan dibina di kawasan Bukit Besar di sini tahun depan.
Pada 10 November lalu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menyatakan, terminal berpusat yang akan dibina itu, bakal menempatkan stesen bas dan teksi yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjungnya.Sehubungan itu, seorang penduduk Kampung Pak Bang yang terletak di kawasan terbabit mendakwa, kerajaan tidak mendedahkan KT Central merupakan satu komponen dari keseluruhan projek pembangunan Bukit Besar.
Ia adalah kerana katanya, pembangunan yang di panggil sebagai ‘mini Putrajaya’ tersebut bakal mengorbankan tanah-tanah yang dimiliki penduduk di kawasan berkenaan.Beliau yang tidak mahu dikenali melahirkan rasa sedih dan terkilan atas tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.”Kami, penduduk Kampung Pak Bang sangat terkilan kerana kampung kami terlibat dengan projek miniputrajaya yang akan menggunakan tanah seluruh penduduk, ”hal ini menyebabkan kami terpaksa mencari tanah baru untuk kediaman kami,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.
Menurutnya, projek Pembangunan Bukit Besar melibatkan kampungnya serta kampung sekitar yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari Pasar Besar Mydin dan Giant, di belakang Bukit Besar. Beliau yang mewakili penduduk terbabit, turut meluahkan perasaan tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri menangani urusan pengambilan tanah.”Disebabkan pengambilan tersebut, kami tidak berpuas hati kerana tanah kami tidak boleh bertukar syarat daripada tanah pertanian kepada tanah penbangunan bagi tempoh yang lama,”selain itu, tanah kami dinilai dengan harga RM6 sekaki iaitu (nilaian tanah pada) 20 tahun yang lalu,” tambahnya yang mempersoalkan, harga tersebut terlalu murah kerana Kuala Terengganu kini ‘berstatus’ sebuah bandaraya.
Katanya, dengan harga tanah yang begitu murah, beliau dan para penduduk terbabit tidak mampu untuk membeli tanah-tanah tapak rumah (tanah lot) lain di sekitar bandaraya ini.Beliau menggesa supaya Ahmad Said selaku Menteri Besar dapat mengotakan janjinya sebagaimana yang telah dipersetujui dalam satu majlis dialog yang diadakan bersama dengan pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa. ”Ahmad Said perlu ‘amanah’ dengan janji untuk menggantikan tanah-tanah kami sewaktu berdailog dengan penduduk kampung tahun lepas,”pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa menjadi saksi, jangan hanya ‘omong kosong’ sahaja,”jelasnya.
Kini, katanya, penduduk bertambah bimbang kerana ada diantara mereka yang sudah terlibat dengan kerja-kerja pengambilan tanah berkenaan.Namun begitu, beliau berkata, masih tidak ada ‘tanda-tanda’ yang menunjukkan tindakan pihak berkuasa untuk memberi ganti tanah mereka yang akan di’rampas’.
Justeru, katanya, penduduk kampung sedia keluar ke ‘jalanraya’ untuk meluahkan perasaan dan berdemonstrasi sekiranya tiada sebarang tindakan yang diambil.”Kami berasa teraniaya, mana kata-kata”RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”, jikalau tiada sebarang tindakan dibuat, kami akan membuat demonstrasi untuk menuntut hak kami!,”tegasnya.

MAAF ! SAYA TAK SAMPAI HATI KATA 'ORANG SABAH BODOH'

Saya Anak Asli Sabah. Bukan Indon, bukan Filipina, bukan Bangla dan bukan Pakistan dan bukan dari Negara Brunei. Saya lahir di Sabah, mungkin juga akan mati di Sabah, tetapi entahlah mahu dikubur di mana kala tanah bukan milik kita lagi nantinya.
Maaf, saya tak sampai hati mengatakan "orang Sabah bodoh".
Ada yang mengatakan begitu dan cukup panas telinga saya mendengarnya dan mahu saja saya hantar tumbukan buku lima ke mukanya, tetapi bila memikirkan secara lojik... ada juga kebenarannya. Nah, kebenaran itu makanya saya semula bertanya kepada orang Sabah yang merupakan Negeri TERMISKIN di Malaysia/hampir sama dengan kemiskinan Afrika Selatan atau sama seperti Medan. Tetapi... kenapa kita miskin..?
Barangkali yang tinggal di Sabah bisa menjawab secara waras dan tentu saja merasa malu sangat bila Negeri Sabah telah diakui sebagai Negeri termiskin dan yang anehnya, Sabah ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan yang konon cukup baik dan prihatin serta bijaksana, tetapi merupakan negeri termiskin sekali dibanding Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kenapa yang tinggal di Sabah tidak peka akan hal ini atau menelan bulat-bulat dunia miskin itu?

Sabah Negeri yang terkaya sekali. Tanahnya luas, hasilnya cukup hebat. Dengan balak, tembaga, kelapa sawit dan sekarang minyak yang merupakan telaga terbesar di Tenggara Asia dan hasilnya berbillion, tetapi apa yang orang Sabah dapat selain anugerah termiskin yang cukup memalukan? Saya harap anak-anak Sabah bisa menjawab pertanyaan saya ini.

Memang kita lihat diperkatakan berbillion peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah... tetapi, apakah bandingan dengan peruntukan yang diberikan kepada Sabah dengan bezanya Negeri Perlis yang sama keluasannya dengan daerah Sampoerna..?

Kalau dikira keluasan Sabah dan Sarawak hampir sama dengan keluasan Semenanjung Malaysia, lalu cuba saja kita kira semula peruntukan yang diberikan kepada Sabah dan apakah NGAM dari segi pembahagiannya? sedang Sabah merupakan negeri yang banyak menyumbang kepada Kerajaan Persekutuan... lalu apakah kita harus mengucapkan terima kasih dengan peruntukan yang nampaknya besar, tetapi semacam satu penghinaan pula kepada Negeri Sabah.
Memang kelihatan peruntukan yang diberikan kepada Sabah semacam besar sangat, tetapi pada hakikatnya kala merujuk pendapatan dan sumbangan Sabah kepada kerajaan persekutuan memang jelas tidak adil dan rupanya rakyat Sabah ini cukup baik kerana bersedekah kepada orang lain, sedang anak-anak bangsa mereka hampir kelaparan mencari makan di Selangor, Johor dan Singapura yang kerjanya hanya di kilang-kilang yang kemudian akibat hidup terdesak, ada yang menjadi pelacur dan dibunuh di Singapura. Kesian...
Apa pula tindakan para pemimpin Sabah kala ini? apakah mereka itu ikhlas membantu dan memperjuangkan hak Sabah yang terdiri dari suku kaum Dusun, Bajau, Brunei dan segala macam? atau barangkali mereka itu terdiri dari pak angguk, raja pengampu, bodek dan tunduk-tunduk mengalahkan tunduknya Jepun kala ketemu jepun. Cukup memalukan kerana punya pemimpin yang kaki bodek/memeluk mencium tangan meski tangan yang dicium tangan penuh dosa dan kaki rasuah, malah ada tangan kotor membunuh Altantuya dan memfitnah Anwar begitu jijik sekali.
Apakah orang Sabah masih terus leka dengan pemberian RM50 kala pilihanraya lalu untuk menunggu lima tahun lagi bakal menerima RM50 atau siap sedia terus menerima negeri termiskin di Malaysia? di mana mahu meletakkan muka kita setelah diperkatakan "orang Sabah bodoh" akibat mengundi BN. Masih terngiang di telinga saya penghinaan yang begitu rupa.
Apakah kita tidak pernah berfikir betapa ribuan pelajar anak-anak Sabah menuntut di Universiti dan kolej-kolej di seluruh malaysia dan luar Negeri. Mahu jadi apa mereka itu nantinya? terpaksa bekerja di negeri-negeri Semananjung yang lebih baik ekonominya dari Sabah atau terpaksa kembali ke kampung halaman untuk membantu sang ayah berkerja di ladang atau menoreh getah meski harga getah sudah menjunam turun atau barangkali pergi ke laut menangkap ikan, tetapi laut sudah tidak punya ikan akibat rakusnya manusia dengan kapal pukat tunda yang tamak menghapuskan anak-anak ikan yang mula membesar. Setan..!
Saya meneliti kehidupan orang-orang kampung di Paitan, Pitas, Sook, Kinabatangan dan segala macam. Kemiskinan mereka saya lihat begitu ketara, sedang wakil rakyat mereka kaya raya punya rumah berjuta dan simpanan ada di mana-mana.
Makanan mereka adalah emas berkilauan di hotel lima bintang di kota atau di Kuala Lumpur atau London, Paris dan segala macam. Sedang rakyat makan sampah dan untuk menghantar anak-anak mereka belajar di Universiti janganlah mengharap sangat sebab untuk makanpun tidak mampu. Kesian!
Lalu apa saja yang rakyat tunggu? mengharapkan pemimpin yang ada, sampai kapanpun Sabah tetap terus miskin kerana sikap pemimpin kita tidak lebih dan kurang seperti kita ini dalam KERAjaan Beruk yang masing-masing mahu kaya cepat sebelum KERAjaan Beruk nantinya hancur dan yang menjadi mangsa ialah rakyat Sabah yang terus berkelana.
Saya minta KERAjaan Beruk ini menjelaskan kenapa saja Sabah merupakan negeri termiskin (23%) di Malaysia? apakah orang Sabah akan terus dipersalahkan? Kalau memang rakyat Sabah salah, kenapa saja dalam pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS negeri Sabah tidak pula merupakan negeri termiskin sekali dan kenapa pula terjadi dalam KERAjaan Barisan Nasional yang dikata cukup prihatin kepada rakyat. Apakah kita ini buta atau tuli melihat/mendengar hakikat nyata?
Mari kita bincang secara terbuka atau kita bisa naik pentas dan debat perkara ini... saya memangnya siap untuk berhadapan dengan siapapun.
ISMAILY BUNGSU
UMS-SAB

SABAH MEMANG ANAK EMAS ,LUBUK EMAS DAN BUAT BN SERTA SPRM LEMAS


eh: SALIHIN LADJA MURA
MAJORITI rakyat Sabah yang menghantar email dan sms kepada Sabahkini.net mendesak agar Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Abu Kassim Mohamed yang akan menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan pada 1 Januari 2010 agar tidak menerima pengurniaan pingat SPDK daripada Kerajaan Negeri Sabah.
“Kita telah dihujani dengan pelbagai kes rasuah termasuk 81 Dalil yang saya failkan sendiri dan kes pembalakan di kawasan tanah tinggi serta pemberian konsesi kepada kroni yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, namun akibat pengurniaan pingat SPDK, Ahmad Said menjadi ‘tikus’ yang takut kepada ‘Kucing’ Musa Aman,” ujar Pengerusi Yayasan Warisan Borneo (BHF), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Begitu juga dengan kes penggubahan wang haram yang beliau failkan, melibatkan adik angkat Musa Aman, Michael Chia Tien Foh, kata Jeffrey, gagal disiasat oleh SPRM di bawah pentadbiran Ahmad Said, sebaliknya Abu Kassim mengambil inisiatif terus ‘menyerbu ICAC’ di Hong Kong untuk memperolehi bukti yang cuba disorok selama ini.
Bagaimanapun Jeffrey mengalu-alukan perletakan jawatan Ahmad Said yang disifatkan sebagai bertanggung jawab di atas kegagalan SPRM dan menggelincirkan imej SPRM dan disifatkan sebagai menghina DYMM Yang Di Pertuan Agong.
“Kita mengalu-alukan perlantikan Dato’ Abu Kassim untuk memberi nafas baru kepada SPRM yang sebenarnya sudah lama ‘koma’ apabila gagal menjalankan siasatan berhubung laporan rasuah yang saya failkan terhadap Musa Aman dan kroninya termasuk Musbah Jamli, Daud Tampokong, Nasir Yeo Guan Hock, Michael Chia Tien Foh dan sebagainya,” ujar Jeffrey dalam kenyataan kepada Sabahkini.net melalui telefon.
Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah ketika dihubungi berkata, perlantikan Abu Kassim sebagai satu muslihat yang licik bagi meyakinkan rakyat bahawa kononnya SPRM menuju ke arah pembaikan dan pemulihan integriti.
“Motif sebenar ialah untuk mencalar imej Kerajaan PAS Kelantan yang cuba mengaitkan perlantikan menantu MB Kelantan sebagai mempunyai unsur-unsur melanggar prosedur di mana perlantikan tersebut dikategorikan mempunyai pertalian keluarga,” kata Hamzah yang kesal dengan sikap ‘double standard’ SPRM selama ini.
Tegas Hamzah, kenapa SPRM tidak menjalankan atau membuka fail siasatan terhadap Musa Aman yang bukan sahaja melantik menantunya, Datuk Ariffin Ariff malah anak saudaranya Hasnol Ayub dan suku sakatnya dalam jawatan penting kerajaan dan GLC walaupun laporan rasmi telah dibuat.
Kata Hamzah, dengan berundurnya Ahmad Said, maka tidak akan ada lagi suara yang boleh mempertikaikan tindakan mendakwa pimpinan PAS Kelantan sebagai suatu yang bermotifkan politik kerana Abu Kassim dilihat sebagai masih bersih.
Sementara itu, Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat, Semporna, Azizul Sanarul yang memfailkan tiga laporan beliau di hadapan lima Panel SPRM pada 15 Oktober 2009 menyifatkan perlantikan Abu Kassim sebagai menukar lokomotif kereta api tetapi masih menggunakan gerabak dan landasan lama.
“Ianya tidak akan memberi banyak manfaat kerana masih terletak di bawah telunjuk pemimpin yang berkepentingan di dalam kerajaan. SPRM bukan badan bebas, sebaliknya hanya bebas melakukan siasatan terhadap pembangkang, sebaliknya menyuburkan rasuah di dalam UMNO/BN,” ujar Azizul yang turut mencadangkan agar lima Panel yang ditubuhkan SPRM dibubarkan sahaja kerana menjadi ‘pengacau’ atau ‘pencacai’ kepada sistem yang sedia ada.
Dalam hal ini kata Azizul, semua ahli parlimen yang mengikuti perbahasan dan meluluskan Akta SPRM wajar malu dan meletakkan jawatan kerana SPRM tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan selepas waktu pejabat dan ‘memenjarakan’ SPRM dalam ‘neraka’ ciptaan pemimpin Negara.
Sehubungan itu, kata Azizul, perlantikan Abu Kassim tidak memberikan sebarang impak jika Akta SPRM tidak dipinda dan tidak diberi kuasa pendakwaan sebagaimana ICAC Hong Kong yang benar-benar bebas.
“Saya turut mencabar Datuk Abu Kassim agar membuka semula semua fail siasatan SPRM terhadap Musa Aman yang telah ditutup Peguam Negara dan diklasifikasikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sebagai ‘No Case To Answer’,” tegas Azizul mendesak agar Abu Kassim turut menyiasat Peguam Negara dan Nazri berhubung isu berkenaan.
Bagi memastikan kelicinan dan pemulihan imej SPRM di Sabah kata Azizul, Abu Kassim harus menggantikan Jalil Jaafar yang digelar rakyat Sabah sebagai ‘Ahmad Nisfu’ dan dianggap sebagai Pengarah SPRM paling lemah di Malaysia.
“Abu Kassim juga harus memanggil Henry Voon dan Hashim Lim yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘penasihat’ atau ‘juruperunding’ kepada Ahmad Said yang telah mencemarkan imej SPRM di Sabah kerana kes Albert Lim dan Michael Chia sedang dirundingkan untuk ditutup apabila saksi utama dijadikan defendan,” ujar Azizul yang kesal dengan kehadiran ‘Dua Joker’ ini di Sabah.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pelantikan Abu Kassim itu berikutan permohonan bertulis Ahmad Said supaya khidmatnya dipendekkan kepada akhir tahun ini.
Tambahnya, Ahmad Said mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan dipendekkan kepada 31 Disember ini.
Susulan keputusan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan supaya Abu Kassim dilantik sebagai pengganti Ahmad Said berdasarkan peruntukan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010.
Mengikut rekod, Datuk Abu Kassim bin Mohamed dilahirkan di Kuala Lumpur pada 5 Disember 1960, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan Sarjana Sains dalam bidang Criminal Justice dari Michigan State University, Amerika Syarikat.
Beliau memulakan kerjayanya dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1 September 1984 apabila dilantik sebagai pegawai siasatan, Cawangan Tatatertib, ibu pejabat BPR, Kuala Lumpur.
Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Perancangan Dan Koordinasi Dasar, Ibu Pejabat BPR, Pengarah BPR Perak dan Pulau Pinang, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia dan dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Integriti, Amanah Raya Berhad.
Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) BPR pada 1 Jun 2007. Dengan berkuatkuasanya Akta 694 pada 1 Januari 2009, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Sabahkini turut menghubungi Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low, yang sebelum ini mendakwa wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong rapat mereka percaya jawatan tersebut (wakil rakyat) adalah peluang untuk membuat duit bagi diri sendiri.
“Saya menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat tidak serius menangani gejala rasuah sehingga menjadi cara hidup kebanyakan rakyat di negara ini. Sebenarnya, bukan setakat jawatan wakil rakyat, apa juga jawatan yang disekutukan dengan kuasa akan segera dikaitkan dengan peluang membuat duit,” ujar Low yang menegaskan jika bukan pelaku sendiri, sudah tentu oleh kaum kerabat, kawan rakan, handai taulan dan kenalan-kenalannya.

MENTERI PELANCONGAN PERNAH 4 TAHUN PALING TADAH SEBAGAI RAKYAT AUSTRALIA

Menteri Pelancongan akui pernah jadi penduduk tetap Australia
Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengakui di Dewan Rakyat Khamis bahawa beliau pernah jadi penduduk tetap Australia bagi tempoh 1990 hingga 1993 tetapi sekarang tidak lagi.
Beliau menyatakan demikian setelah timbul kekecohan antaranya dengan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang mempersoalkan taraf kerakyatannya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu.
"Adakah anda seorang warga negara Malaysia dan adakah anda penduduk tetap Australia?" tanya Karpal Singh pada Ng.
Menteri itu yang tidak dapat mengawal marahnya berkata bahawa beliau adalah 100 peratus rakyat Malaysia dan dilahirkan di Kelantan.
"Yang Berhormat sila tarik balik tuduhan bahawa saya memiliki kewarganegaraan lain. Yang Berhormat boleh mengambil dan melihat pasport saya," katanya kepada Pengerusi DAP itu.
Karpal Singh terus mendesak Ng untuk memberitahu perkara sebenar sehingga Menteri Pelancongan itu akhirnya mengakui bahawa beliau pernah menjadi penduduk tetap Australia bagi tempoh 1990 hingga 1993.
"Saya dah jawab dah dan sekarang saya bukan PR mana-mana. Yang Berhormat jangan berbohong lagi, saya dah jawab. Kalau you berani keluarkan tuduhan itu, kena akui. Saya minta tarik balik kenyataan itu.
"Tetapi sekarang saya ialah rakyat Malaysia sepenuhnya. Saya telah menjawab di dalam dewan yang mulia ini tetapi Yang Berhormat menuduh saya berbohong. Tarik balik dan sila akui tuduhan Yang Berhormat bahawa saya cuba berbohong jika benar mempunyai integriti...cukup...sila tarik balik...tarik balik," katanya.
Ketegangan antara kedua-duanya itu turut menyebabkan Karpal Singh menggelar Ng sebagai "menteri gengster", sehingga Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, campur tangan untuk meredakan keadaan dengan meminta Ng beralih kepada topik lain

KALAULAH PENGERUSI RISDA ...SEDAR .

Komen Teman : Anugerah Arkitek yang bangunkan Melaka sebenarnya ialah Pengerusi RISDA sekarang ini iaitu Dato Seri Rahim Tamby Chik.Datuk Seri Mohd Ali Rustam hanya menyambung rangka-rangka yang telah dipelopopri Rahim Tamby Chik.Teman pun bukan setuju dengan Rahim ,cuma fakta perlu dikatakan fakta dan sejarah jangan diubah.

AYER KEROH - Barisan Nasional negeri menganugerahi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai arkitek pembangunan Melaka moden selepas sedekad pemerintahannya, malam semalam.
Anugerah itu adalah sebagai penghargaan berikutan kejayaan membangunkan Melaka dari setiap aspek pembangunan.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Wira Abu Seman berkata, anugerah itu bertepatan nikmat dan manfaat dirasakan rakyat hasil usaha Mohd Ali yang komited memajukan Melaka.
“Kita merasakan wajar beliau diiktiraf sebagai arkitek pembangunan Melaka moden dan kita tidak boleh nafikan lagi bukti-bukti iaitu pembangunan yang berlaku di negeri ini,” katanya pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Kesepuluh pentadbirannya, di Dewan Seri Negeri, malam semalam.

ABIS, SEBELUM INI KATA , ORANG BUKAN ISLAM SEBUT ALLAH .. SALAH, BACA AYAT ALLAH PUN SALAH ?

BOLEH LA HANGPA TAK TAU LAGI - Anak muallaf

"Tak apa bukan Islam turut bertakbir" - Mufti Perak
PETALING JAYA: Tidak menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk sama-sama bertakbir raya selagi ia dilakukan bukan niat untuk menghina agama itu.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, orang bukan Islam juga boleh bertakbir namun ia hendahklah dilakukan atas alasan bukan untuk mempersendakan Islam.
"Tak salah, bukan menjadi satu kesalahan kalau mereka turut sama bertakbir, tapi haruslah bukan dengan niat nak main-main (mempersenda) Islam.
"Bertakbirlah kalau seseorang itu mahu, tapi tak dapat pahalalah macam kita orang Islam.
"Kita bertakbir menyebut nama Allah dan memuji-muji kekuasaan Allah," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengakuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai bahawa pernah bertakbir raya sehari sebelum Aidilfitri lalu seperti yang dilaporkan media hari ini.
Bukti perlakuan tersebut terdapat dalam rakaman video di laman Youtube yang menyiarkan dirinya lengkap berbaju Melayu dan bersongkok dilihat bersama-sama sekumpulan lelaki Islam bertakbir raya dalam sebuah majlis hari raya di sebuah rumah.
Malah difahamkan juga, sebelum ini, ada individu tertentu menyebarkan gambar-gambar Ming Kai bertakbir dari rumah ke rumah di sekitar bandar raya Ipoh semasa hari raya Aidilfitri lalu.
Dalam pada itu, ditanya sama ada tindakan Ming Kai itu boleh disamakan dengan isu pemimpin DAP memberikan salam dan membaca ayat suci al-Quran dalam majlis-majlis ceramah anjuran mereka, Harussani berkata isu berkenaan tidak boleh disamakan.
"Tidak...tidak...tidak, tak boleh samakan dua isu ini. Bertakbir raya lain, baca ayat al-Quran pula lain.
"Orang bukan Islam guna ayat al-Quran untuk berceramah tak boleh sebab mereka sebut pun tak betul, mereka tak faham apa yang mereka cakapkan.
"Bila tak faham maknanya, macam mana pula nak kaitkan dengan isi kandungan ceramah mereka," katanya.

PEMAIN BOLA KERANJANG AS JADI IMAM MASJID,ALHAMDULILLAH


"Ilmu pengetahuan boleh membuat seorang budak menjadi seorang raja," itulah nasihat yang disampaikan oleh Mahmoud Abdul Rauf, mantan bintang National Basketball Association (NBA) yang kini menjadi imam masjid yang dibangunnya sendiri di Gulport, Mississipi.
Malam itu, di tingkat dua masjidnya, Abdul Rauf memberikan ceramah di hadapan para jamaah yang kebanyakan remaja dalam acara makan malam dan kutipan dana untuk sekolah Islam masjid tersebut. Dalam ceramahnya, ia berpesan pada anak-anak muda Muslim untuk menegakkan Islam dimanapun mereka berada dan menuntut ilmu sebanyak mungkin.
"Kita senantiasa melihat pendidikan sebagai bekal untuk mencari kerja demi kesenangan kewangan. Tapi kita melupakan tujuan utama pendidikan yang seharusnya menjadi bekal bagi seseorang agar boleh bertahan dalam kehidupan," kata Abdul Rauf.
Ia membandingkan pendidikan Barat yang bersifat sekularisme, memisahkan antara negara dengan agama. Menurutnya, pendidikan dalam Islam harus mencakup segala aspek kehidupan. "Umat Islam tidak boleh menyingkirkan agamanya ke dalam 'almari'," ujar Abdul Rauf.

Pada kesempatan itu, ia menghuraikan hasil penyelidikan yang dilakukan oleh para profesor di Universiti Harvard dan Universiti Yale. Hasil penyelidikan itu menunjukkan bahwa anak-anak Afrika memiliki bakat lebih cepat menangkap pelajaran. "Sejarah membuktikan bahwa orang-orang Afrika dan Muslim adalah para penemu disiplin ilmu modern seperti aljabar dan berbagai ilmu pengetahuan lainnya," tutur Abdul Rauf.
Ketika masih menjadi bintang di NBA, Abdul Rauf pernah menimbulkan kontroversi kerana menolak berdiri ketika dipedengarkan lagu kebangsaan. Menurutnya, sikap itu adalah bertentangan dari agama yang dianutnya dalam kehidupan sehari-hari. "Saya memanfaatkan kontroversi itu sebagai alat untuk menjelaskan pada orang lain tentang agama saya," jelas Rauf.
Pada akhirnya, ia berhasil meyakinkan banyak orang untuk menghormati nilai-nilai dan prinsip yang dianutnya. Mereka menghormati Rauf dan bahkan dalam banyak hal mengikuti langkah yang dilakukan Rauf. Secara khusus, ia berpesan pada anak-anak Muslim yang bersekolah di sekolah awam dan bukan sekolah Islam, agar boleh mengambil peranan sebagai pemimpin agar melakukan pendekatan seperti yang dilakukannya, terutama bagi mereka yang non-Muslim.
"Kita harus belajar tentang sejarah kita, memahami masa yang sedang kita jalani dan menyiapkan masa depan kita," pesan Rauf.
Abdul Rauf adalah mantan bintang NBA yang bermain untuk kelab bole keranjang Denver Nugget dari tahun 1990-1995. Ia adalah bintang bagi pasukannya dan memenangi penghargaan sebagai pemain yang paling kaya pendapatannya pada tahun 1993.
Rauf kemudian pindah ke kelab Sacramento Kings lalu ke kelab Vancouver Grizzlies. Ia membawa kemenangan bagi tahun 1994 dan 1996. Setelah itu, Rauf memutuskan untuk bersara dan mulai giat berdakwah. Ia membangun masjid di kota kelahirannya di Gulport, Mississipi dan menjadi imam di masjidnya.

DATO SHAZIMAN KATA ADA TOYOL DALAM MPAJ SERTA PUJI JKR PENGAPKAN LAPORAN DENGAN BAIK

Sebentar tadi, teman tertengok berita di TV3 di mana Dato Shaziman memberi komen tentang laporan tanah runtuh Bukit Antarabangsa.Beliau memuji JKR kerana menyimpan laporan tersebut dengan baik ertinya tiada kebocoran.
Beliau menambah bila laporan diserahkan pada MPAJ selepas itu terdapat kebocorannya di internet dan media lain.Beliau percaya di dalam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ada toyol yang membocorkan rahsia laporan .Nasib baik ejaan t.o.y.o.l ada L ...kalau tidak..
Beliau(Dato Shaziaman) cuba nak salahkan Pakatan Rakyat kunun, tetapi beliau cuba kaburi rakyat kununya MPAJ dikuasai Pakatan Rakyat melalui MB Dato Khalid.Dato Shaziman lupa bahawa siapa Yang DiPertua (YDP) MPAJ? Ahli Pakatan Rakyat?Sebab ada orang BN lah bocornya rahsia.
Yang peliknya apalah rahsia sangat laporan tersebut.Teman, kalau bagi free pun teman tak heran pasal dah boleh agak kandungannya dan keputusannya.Biasalah tidak tunding jari siapa salah,macam kes Kuala Dipang tiada sesiapa salah yang salah konkrit dan batu.Kes Attantuya (OPPSS) juga tiada siapa yang salah.Kes Stadium Terengganu runtuh laporannya pun tiada menyalahkan sesiapa.Kes bumbung Parlimen Malaysia bocor pun tiada siapa disalahkan, tambah bajet adalah.Dan banyak lagi laporan yang hanya setakat sediakan laporan .

MASIH INGAT MENTERI PELAJARAN UMUMKAN DISEMBER 2008 'PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA'

Penambahan Yuran Tambahan Persekolahan Tahun 2010
Rakyat Marhein pertikaikan serta mempersoalkan dimana pula tanggung jawab sosial kerajaan untuk penyediaan seperti insurans pelajar-pelajar serta yang paling penting ialah menampung perbelanjaan aktiviti pelajar-pelajar? Berkira sangatke Kerajaan BN setakat RM 10-30 Juta untuk disumbangkan untuk kebaikan pelajar juga .Sewajarnya sebagai kerajaan yang dikatakan bertimbang rasa 1Malaysia yang mengambil berat serta peka dan peduli dengan keluhan rakyat.

RAKYAT MALAYSIA TERKEJUT Keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengenakan sedikit bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.
Ramai masih ingat kenyataan mantan Menteri Pelajaran (pada pertengahan Disember 2008) ketika itu Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein telah bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan lagi untuk pelajar bagi mengurangkan beban kewangan ibubapa yang menanggung perbelanjaan sekolah anak-anak dan ianya sejajar dengan janji PM ketika itu Pak Lah ketika pembentangan Bajet 2008 bertajuk “Pendidikan Percuma untuk Semua”

Inikah ayat buruk siku BN ?:-“Kerajaan komited melaksanakan langkah progresif untuk meningkatkan akses dan mengurangkan kos pendidikan. Pada tahun lalu, saya telah mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Sebagai tambahan, saya ingin mengumumkan yuran peperiksaan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia akan dimansuhkan. Dengan itu, yang tinggal hanya yuran tahunan sekolah rendah dan menengah. Saya juga sukacita mengumumkan, mulai tahun 2008, yuran sekolah ini turut dimansuhkan”
Walaupun didalam kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (dalam gambar) dipetik berkata, bayaran ini tidaklah membebankan ibubapa dan pelajar dan jumlah bayaran ini akan diumumkan sedikit masa nanti dengan pembayarannya bolehlah dijelaskan apabila sesi persekolahan bermula awal januari 2010 nanti.
“Bayaran ini akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti pelajar juga. Sebagai contoh duit bayaran ini akan digunakan sebagai insurans serta juga untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan nanti”
Biasanya tentu ada orang akan berkata, apalah sangat nak ‘berkira’ soal duit lagipun untuk persekolahan anak-anak kita kerana dah jaditanggung jawab ibubapa.
Namun kita tidak boleh mewakilkan masalah orang lain akan macam kita serupa tetapi sebenarnya tidak sama.Teman pula perlu pastikan Kerajaan kena tunaikan janji dan bertanggungjawab melakukannya.Pasal Kerajaan tiada wang ,teman ulangi, senang saja ... tutup projek PLKN dan BTN dan guna bajet tersebut cukup kan???