Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, February 20, 2009

SEWA KHEMAH RM6,000,000.00 ! FUYOO !

Sebarkan ! Fikirlah sendiri ...
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan RM15.153 juta bagi penugasan operasi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini, melibatkan 3,376 anggota dan pegawai polis.

Demikian Dewan Rakyat diberitahu oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung ketika menjawab soalan Amran Ab.Ghani (PKR-Tanah Merah) pada persidangan Dewan Rakyat kelmarin. Menurut beliau, pecahan perbelanjaan itu meliputi kos:

Perjalanan dan sara hidup berjumlah RM2.7 juta,
Perhubungan dan utiliti (RM50,000),
Sewaan khemah (RM6 juta),
Pembekalan makanan kering dan minuman (RM65,000),
Pembekalan bahan api dan alat ganti (RM698,000),
Pembekalan bahan mentah dan lain-lain (RM310,000),
Penyelenggaraan dan pembaikan kecil (RM830,000)
Pembekalan makanan bermasak dan penginapan (RM4.5 juta)

PEMILIHAN CALON AJK BARU MASJID SELESAI TETAPI TIMBALAN NAZIR NAK BUAT BANTAHAN PULA

Sila klik tajuk di atas (ihsan dari blog Pas Zon BB & Anggerik Apt) bagi mendapatkan butiran apa yang berlaku semasa pemilihan calon ajk di Masjid As-Salam di Bukit Sentosa.
Timbalan Nazir membuat tuduhan liar iaitu:-
1. pihak luar mendalangi gerakan pemilihan ajk baru.
Jawapan : Kenapa bantah masa ini selepas 1 minggu, semasa pemilihan jika dibantah kita boleh periksa no. kad pengenalan dan alamat pengundi.Pihak keselamatan polis dan RELA yang di bawa oleh pengurusan Masjid serta 3 lain (PEKIDA) pun ada berkawal. Kenapa tidak guna khidmat mereka?Yang kami dengar ada pihak dari pengurusan masjid ingin menghantar ahli Persatuan Silat sebagai pengundi hantu.

2. Terdapat insiden caci-mencaci antara kariah.
Jawapan : Insyallah akan dicatit kemudian,

3. Wakil Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) juga dikatakan berpihak kepada kumpulan luar terbabit dan gagal mengawal keadaan mengikut enakmen yang ditetapkan.
Jawapan : Undi yang telah dibuat mereka tidak setuju maka pihak pengurusan masjid ingin menangguhkan Pemilihan tersebut , tetapi majoriti ahli kariah tiadak mahu ditunda kerana masa penting bagi mereka.Sedemikian majoriti kariah bersetuju undian pemilihan cara lama digunakan dan pencalonan bebas dicadangkan oleh sesiapa.Pemantau terdiri dari Polis, RELA dan dari Pejabat Agama memantau dengan baik dan berkesan.

Rasionalnya : Kebanyakan Ajk Sekarang adalah dihasilkan dari gerakan Khir Toyo merampas dan meroboh masjid semasa BN memerintah Selangor dahulu.Dengan pengundian biasa pun ajk-ajk ini tidak mungkin akan dipilih oleh kariah yang faham dan bijak.

GANTUNG-GANTUNG BENDERA , ADUN BN DIGANTUNG


V Sivakumar (Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak )telah menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala enam exconya digantung selama 12 bulan.Keputusan tersebut dibuat oleh jawatankuasa hak dan kebebasan yang bersidang hari ini, yang dipengerusikan oleh Sivakumar.
Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.
Dr Zambry Abdul Kadir memberi keterangan kepada jawatankuasa semalam berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.
Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.
Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.
Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).
Dato' Ustaz Haron Din Al Hafiz mencadangkan jalan tengah terbaik tanpa kesan pada Sultan dan PR serta BN ialah pilihanraya Negeri Perak keseluruhannya.

KOMEN MENARIK ADA KAITAN LOMPATAN BERGANDA ATAU LOMPATAN BERULANG


Kawe pun dulu hampir2 terperangkap masuk UMNO. Namun 1998 mencetuskan kesedaran betapa buruk dan busuknya UMNO & BN. Sampai hari ini, kawe tetap bersama PAS dan PR.
Yang kawe musykil, apa yang dihebahkan oleh DSAI selama ini. Kawe syak bahawa MP-MP BN memperguna DSAI untuk menaikkan nilai harga mereka. MP-MP BN di Sabah & Sarawak menggunakan DSAI dan hasilnya PM dan konconya yang pengecut melambakkan berapa banyak duit untuk membeli kesetiaan mereka dan akhirnya, setelah mungkin menerima "bayaran", mereka tak jadi bersama DSAI dan PR. Beberapa MP lagi dibawa lari di bulan Ramadhan ke Taiwan dan diberikan habuan, selepas tu mereka pun senyap. Sebenarnya, MP-MP dan ADUN-ADUN PR lebih bernilai tinggi berbanding MP dan ADUN BN. Nilai Raja Katak baru di Perak mesti lebih mahal berbanding nilai ADUN BN yang lain. Saya cadangkan kepada ADUN-ADUN BN, melompatlah sebanyak mungkin agar nilai anda lebih tinggi......heh heh heh.

BUKTI RAKAMAN CCTV MAHATZIR KHALID CUBA MERASUAH RM5,000,000.00


Anwar kemuka bukti BN ugut dan ancam Adun Pakatan agar lompat parti
KUALA LUMPUR, 19 Feb: Sebagaimana dijanjikan semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan tiga bukti dalam Dewan Rakyat yang menunjukkan BN memang berusaha dengan pendekatan rasuah dan ugutan untuk menarik Adun Pakatan menyertai BN.

Ketiga-tiga bukti itu adalah rakaman CCTV, peluru hidup dan penculikan. Namun, Anwar mendakwa, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat dengan bukti-bukti ini.

Anwar berkata demikian ketika membahaskan ucapan titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam kes CCTV, Anwar berkata, pihaknya dengan kerjasama SPRM telah memasang CCTV untuk merakam perbualan antara Adun Kulim, Lim Soo Nee dari PKR dengan bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahatzir Khalid.

Rakaman itu dibuat di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang menunjukkan Mahatzir dan Adun itu.

Kata Anwar, agen kepada Mahatzir telah menawarkan Lim Soo Nee RM5 juta untuk melompat parti dan menyertai BN.
Lim, kata Anwar, telah menolak tawana itu dan membuat laporan polis kemudiannya tetapi tidak ada tindakan sehingga kini.

Anwar mendakwa, Adun Bukit Selambau, V Arumugan telah diugut dengan bermacam cara termasuk ugutan bunuh sebagaimana yang dialami oleh bekas Adun Lunas, Joe Fernandez yang mati dibunuh jika kekal dengan aktiviti politiknya.

Anwar mendakwa, semua laporan ini tidak diambil tindakan oleh polis dan SPRM selepas mendapat tekanan dari pemimpin atasan BN.