Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, March 4, 2009

TARIF AIR SELANGOR AKAN DITURUNKAN 10%



Selangor Sedia Turunkan Tarif Air Kerajaan negeri sedia menurunkan tarif air sebanyak 10 peratus sekiranya berjaya mengambil alih pengurusan industri air di negeri ini. Siapa percaya SPAN (Suruhanjaya air) ditubuhkan untuk membantu rakyat dalam bentuk mengurangkan kadar tarif air?SPAN dalam jangka masa panjang akan merancang kenaikan tarif air.Siap jadual lagi.
Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cadangan itu boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan persekutuan mengikut cara yang dilakukan kerajaan negeri.
“Nilai harta kita ialah RM9 bilion dan nilai yang kita nak beli daripada (empat) syarikat konsesi ialah RM5 bilion, jadi kita boleh kurangkan (tarif air) sebab (nanti) kita dah ada duit lebihan yang akan kita gunakan betulkan paip dan sebagainya, oleh itu kos kita makin kurang.
“Jadi 10 peratus itu adalah jangkaan yang boleh kita capai,”katanya yang ditemui selepas Sesi Taklimat Penstrukturan Industri Air Selangor di Dewan Auditorium Jubli Perak dekat sini tengah hari tadi.
Abdul Khalid juga ditanya mengenai cadangan seorang peserta taklimat yang mahu pengguna air tidak membayar bil sebagai tanda memboikot tindakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) memintas usaha kerajaan negeri mengadakan rundingan dengan empat syarikat konsesi iaitu Konsortium ABASS Sdn Bhd (Abass), Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holdings Berhad (Splash) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Ini kerana katanya, sekiranya kerajaan negeri berjaya mengambil alih empat syarikat berkenaan, pengguna air tetap perlu membayar bil tetapi dengan harga yang rendah.
Terdahulu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata kerajaan negeri berharap dapat mengurus industri airnya agar keuntungan yang diperolehi dapat diagihkan semula kepada rakyat.
Beliau berkata dasar penswastaan air yang dibuat sebelum ini tidak berjaya kerana diuruskan dengan tidak cekap.
“Kalau dibandingkan harga air Syabas dengan Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang, sangat jauh bezanya di mana harga yang diberikan PBA lebih murah. Jadi apa gunanya penswastaan,” katanya.
Beliau menambah, air adalah hak milik semua, justeru kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak pernah mempersoalkan pegangan politik pengguna airnya dalam agenda pemberian air percuma 20 meter padu.

No comments: